by | Dec 4, 2022

TRANSFORMASI ARS EMPIRE MOTOR

Bermula dengan sebuah bengkel kecil membaiki motosikal di Sungai Penchala, Siti Rosnah Ismail membantu suaminya, seorang mekanik bagi menguruskan bisnes itu.

“Masa buka bengkel itu, memang kami berdua sahaja belum ada pekerja. Suami sebagai mekanik, saya pun masih bekerja sebagai pembantu jualan di farmasi. Enam tahun saya bekerja di farmasi.

“Pada 2012, saya berhenti kerja memandangkan suami tak mampu nak urus bengkel seorang diri,” kongsinya lagi.

Siti Rosnah memulakan tugas sebagai juruwang, menyusun barang-barang dan keperluan lain di bengkel.

“Saya masuk dengan zero knowledge dan tak berapa tahu mengenai barang-barang yang ada di bengkel,” ujarnya.

PERBAIKI SISTEM

Di awal perniagaan, Siti Rosnah tidak mempunyai pengetahuan pengurusan bisnes yang betul.

“Kami tak ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pengurusan tak betul, tiada pejabat kecuali bengkel kampung biasa dan kecil,” ujarnya.

Namun, segalanya berubah apabila beliau menyertai program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) anjuran RichWorks pada 2015 selepas tiga tahun menjalankan perniagaan.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL 41

BIL 41

Rasa penat berulang-alik dari tempat kerja ke rumah kediaman membuatkan pasangan suami, Sri Krishna Subramaniam dan Sudha Devi bertekad untuk...

BIL 40

BIL 40

Pulau Meranti terkenal sebagai salah sebuah tempat menarik di Selangor. Sempena nama tersebut, syarikat pengeluar perabot ini dinamakan, Meranti...

BIL 39

BIL 39

Usia bukanlah pengukur yang menentukan kejayaan seseorang. Lebih membanggakan, berstatus jutawan muda. Ahmad Akram Anwar, meraih jualan RM1 juta...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193