Menggembirakan insan tersayang pasti memberi kepuasan dalam diri. Walau sebesar mana pemberian itu, tetapi apabila dapat membuatkan seseorang mengukir senyuman dan gembira dengan pemberian tersebut pasti membuatkan hati berbunga-bunga.
Begitulah perasaan Mohd. Khairul Nizam Wahiddin sebagai anak sulung apabila dapat menggembirakan adik-adiknya.
Walau terdapat kekurangan pada diri, Nizam tetap mahu menyumbang dan memberi sesuatu kepada keluarga.
MODAL PERNIAGAAN HASIL SUMBANGAN
Bermodalkan RM100 hasil sumbangan insan yang prihatin dengan keadaan dirinya, Nizam memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual isian semula prabayar.
“Sedekah daripada orang ramai itulah diguna untuk mulakan perniagaan. Untung bisnes masa itu, sepuluh sen, dua puluh sen, dapatlah bagi adik-adik duit beli keropok.