by | Nov 7, 2022

7 KALI GULUNG TIKAR, ILMU BAWA KEJAYAAN KLINIK PAKAR JANTUNG DR. RAHIM

Ada modal bukan jaminan perniagaan anda akan berjalan lancar dan mengaut keuntungan jutaan ringgit, sebaliknya jika silap langkah akan gulung tikar juga.

Itu situasi yang pernah dialami bekas Ketua Jabatan Kardiologi, Hospital Sultanah Bahiyah, Dr. Abd. Rahim Tahir.

Katanya, walau ada modal perniagaan dijalankan akhirnya akan menemui kegagalan kerana berdepan dengan pelbagai masalah termasuk ditipu.

“Bila ada duit, saya nak laburkan dan bantu masyarakat dengan menjalankan perniagaan. Saya mula labur dengan bisnes santan,” jelasnya

7 KALI GULUNG TIKAR

Bukan sekali, tetapi 7 kali doktor pakar jantung ini gulung tikar dalam perniagaan!

Doktor berniaga apa sehingga 7 kali gulung tikar?

“Saya pernah tujuh kali gulung tikar, setelah berniaga santan gagal saya cuba peniagaan lain seperti bisnes kek lapis Sarawak, katering, restoran, kereta sewa, pembekal air dan hartanah. Bisnes kad saya sentiasa berubah-ubah.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL 61

BIL 61

“Saya akur dengan kehendaknya. Waktu itu ayah saya sudah tidak masuk ke pejabat dari tahun 2000. Jadi, bila saya masuk pada tahun 2008, saya dapati...

BIL 60

BIL 60

“Kalau tiada siapa yang nak uruskan, apa kata kita tutup saja bisnes ini!” Begitulah ayat yang dilontarkan oleh Haji Salleh yang menusuk hati...

BIL 59

BIL 59

Kalau sebut saja tentang Zai Sri Gemilang, pasti anda akan mula terkenangkan keenakan hidangan yang disajikan sewaktu acara majlis perkahwinan yang...

BIL 58

BIL 58

Tak mudah untuk menggalas dua tanggungjawab berbeza pada waktu yang sama. Begitulah yang dirasai oleh Dr.Siti Nadzirah Zulkiffle yang merupakan...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193