DROPSHIP JUAL BUKU
Memulakan perniagaan sekadar suka-suka sebagai dropship menjual buku keagamaan selepas menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan peringkat sarjana akhirnya membuatkan Puan Nur Hidayati Ahmad Barudin jatuh cinta dengan bidang perniagaan.
“Selepas saya habis sarjana, saya jadi dropship buku, saya tersuka dan rasa seronok jadi dropship ini. Saya tak ada asas langsung mengenai bisnes, keluarga juga tak ada buat bisnes.
“Masa saya buat marketing ada sambutan dan ada order. Saya pernah buat review dengan instafamous, lagi dapat sambutan. Masa itu jualan saya paling tinggi adalah RM10,000 sebulan. Saya rasa RM10,000 setiap bulan sebagai dropship sangat wowww,” katanya.
Sebelum itu, beliau pernah menjual bermacammacam produk seperti makanan sunnah, kopi, pekasam dan pakaian muslimah.