Dulu Robiatul Adawiyah Ibrahim bertugas sebagai guru tadika dengan pendapatan RM900 sebulan.
Suaminya pula bekerja sebagai penghantar pizza di sebuah rangkaian restoran makanan segera.
Sebagai wanita bergelar isteri, beliau tak sanggup melihat suaminya yang kadangkala pulang dalam keadaan luka-luka di tubuhnya disebabkan kemalangan ketika bekerja.
Sikap suaminya yang tidak memaklumkan Robiatul setiap kali kecelakaan berlaku kerana bimbang beliau susah hati, turut menjadi faktor pendorong kepada wanita ini memberi fokus kepada perniagaan durian crepe secara serius.
BERNIAGA APA SAHAJA
Sebelum ini, Robiatul akan memulakan kehidupannya seawal pukul 3 pagi untuk memasak bagi menyiapkan tempahan pelanggan dan keperluan keluarga sebelum ke tadika.