Satu pemandangan unik pasar di Kelantan ialah peniaganya rata-rata terdiri daripada kaum wanita. Mereka terkenal dengan minat berniaga.
Salah satu destinasi popular apabila ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini ialah Pasar Siti Khadijah.
Tingkat dua dan tiga pasar ini dikhususkan untuk kedai menjual pakaian seperti baju kelawar, kain pelikat dan kain tudung.
Di situ juga, Irah Sukri mencari rezeki selama 10 tahun menjual kain pasang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Irah Sukri Global Sdn. Bhd., yang lebih mesra dengan panggilan Irah, hasil jualan di Pasar Siti Khadijah tidak menentu dan banyak pasang surutnya.