Hari ini kita dapat lihat banyak papan iklan produk minuman coklat, Sawanah Koko di lebuh raya di negara. InsyaAllah, jika diizinkan mahu melihat Sawanah Koko menjadi minuman kegemaran no 1 bukan saja rakyat Malaysia malah di serata dunia.
Namun di sebalik kejayaan Sawanah Sdn. Bhd. (Sawanah) hari ini, mungkin tak ramai yang tahu kesukaran masa lalu yang ditempuhi oleh pengasasnya, Muhamad Hirman Mukhtar.
“Jatuh bangun dunia perniagaan ini menjadi rencah dan sebati dalam kehidupan saya. Malah ada satu kejadian yang betul-betul menduga diri saya. Pekerja saya pesan barang untuk syarikat dan tak ada duit nak bayar.
“Lepas itu ada orang datang mengetuk rumah saya meminta hutang. Masa itu, isteri dan anakanak ada di rumah. Memang teruk sangat sebab masa itu saya tengah lingkup dan duit pun tak ada,” kongsinya.