Jika dahulunya Nurul Marjan Sakinah Harith takut untuk bercakap di khalayak ramai, kini beliau sudah mampu melakukan coaching session bersama ejen-ejen di bawahnya.
“Dulunya saya sangat takut kalau kena berucap, nak pegang microphone pun terketar. Sekarang alhamdulillah, saya boleh bercakap dengan yakin apabila berdepan dengan orang ramai,” jelasnya.
Itulah antara perubahan yang dirasai Marjan selepas menyertai program anjuran Richworks di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Mengusahakan perniagaan barang kemas yang diasaskan keluarganya di bawah jenama HM Gold Jewellery, siapa sangka beliau pada asalnya merupakan seorang akauntan kini bergelar ‘tauke emas’.