FLAT AHMAD RAZALI
Kalau tak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya.
Membesar sebagai budak flat, siapa sangka berkat usaha dan tak pernah kenal erti mengalah, pengasas Qalish Beauty Care, Aisyah Kamsani kini sudah keluar daripada kepompongnya yang dahulu.
Beliau dulu membesar di Blok D, Flat Ahmad Razali, Ampang. Ayahnya pernah menjadi pengawal keselamatan di Hotel Flamingo, Ampang dan ibunya bekerja di Bursa Saham Malaysia sebagai kerani.
Pada masa sama, untuk menampung keluarga ayahnya berniaga pelbagai produk kesihatan dan menyertai perniagaan Multi-Level Marketing (MLM).
Menurut Aisyah, meskipun memiliki ijazah dalam bidang perniagaan dan boleh mencari kerja yang menawarkan pendapatan tetap setiap bulan, beliau mempunyai minat mendalam untuk berjaya sebagai bangsa usahawan.