KEHIDUPAN DI KOTA SURABAYA
Menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) di Surabaya, Indonesia, Doddy Eka Putra segera mencari peluang pekerjaan untuk membantu keluarga.
Setelah memperoleh pekerjaan, beliau sedikit kecewa kerana ditawarkan dengan gaji yang rendah iaitu Rp500 ribu atau kira-kira RM148 sebulan.
Dengan gaji sebanyak itu, Doddy terpaksa bergelut dengan kewangannya setiap bulan, demi memastikan wang itu cukup digunakan bagi menampung keperluan harian.
Mengenangkan nasibnya, Doddy sedih kerana tidak mempunyai kemampuan untuk mengirim wang kepada ibu dan ayahnya setiap bulan, meskipun sudah bekerja dan ada pendapatan sendiri.