by | Jul 4, 2022

JURURAWAT KORBAN KERJAYA DEMI CAHAYA MATA

KEBEBASAN KEWANGAN

Beliau bukan seorang pengasas produk, tetapi bekas jururawat yang mengorbankan kerjaya demi cahaya mata yang dikasihi.

Tan Hwi Ling atau lebih mesra dengan panggilan Carol mengambil keputusan itu selepas ibu mertuanya jatuh dan mengalami kecederaan patah kaki sekali gus menyebabkan tidak dapat menjaga anaknya ketika bekerja.

Sejak insiden itu, beliau terpaksa bergantung hidup kepada sang suami untuk keperluan peribadinya dan tidak lagi bebas berbelanja seperti dulu.

Perasaan membuak-buak untuk membantu suami yang mengemudi bahtera rumah tangga, Carol nekad untuk terjun ke dunia perniagaan secara dalam talian.

“Saya mahu ibu lihat saya walaupun menjadi suri rumah, tetapi saya masih boleh memiliki pendapatan sendiri, masih mampu berniaga. Pada masa sama saya boleh jaga anak dan dapat merasai kebebasan kewangan dalam perniagaan,” ujarnya.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL57

BIL57

Dunia hari ini segalanya boleh diakses di hujung jari. Kalau dulu nak beli barang basah kena pergi ke pasaraya. Sekarang, tidak lagi. Anda kini...

BIL 56

BIL 56

Biarpun pernah dipandang rendah sewaktu bekerja sebagai kelindan lori, namun Muhammad Nur Aiman Md Amran (Aiman) tilak pernah berkecil hati atau...

BIL 55

BIL 55

Merawat haiwan dan mengusahakan perniagaan adalah dua perkara yang jauh berbeza. Dua bidang ini mempunyai cabarannya yang tersendiri dan pastinya ia...

BIL 54

BIL 54

Inai dengan masyarakat di Malaysia terutamanya kaum Melayu dan India bukanlah sesuatu yang asing lagi. Jika anda merupakan salah seorang...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193