KEBEBASAN KEWANGAN
Beliau bukan seorang pengasas produk, tetapi bekas jururawat yang mengorbankan kerjaya demi cahaya mata yang dikasihi.
Tan Hwi Ling atau lebih mesra dengan panggilan Carol mengambil keputusan itu selepas ibu mertuanya jatuh dan mengalami kecederaan patah kaki sekali gus menyebabkan tidak dapat menjaga anaknya ketika bekerja.
Sejak insiden itu, beliau terpaksa bergantung hidup kepada sang suami untuk keperluan peribadinya dan tidak lagi bebas berbelanja seperti dulu.
Perasaan membuak-buak untuk membantu suami yang mengemudi bahtera rumah tangga, Carol nekad untuk terjun ke dunia perniagaan secara dalam talian.
“Saya mahu ibu lihat saya walaupun menjadi suri rumah, tetapi saya masih boleh memiliki pendapatan sendiri, masih mampu berniaga. Pada masa sama saya boleh jaga anak dan dapat merasai kebebasan kewangan dalam perniagaan,” ujarnya.