CABAR DIRI BERJAYA SEPERTI AYAH
Pengasas Ella Furniture memiliki ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang kejuruteraan.
“Saya belajar dalam bidang kejuruteraan, tapi saya tak nampak masa depan saya bekerja dengan orang. Ayah saya sebenarnya seorang usahawan yang berjaya semasa zamannya.
“Jadi, apabila melihat ayah berjaya dengan perniagaannya daripada situ saya cabar diri saya. Saya mahu buktikan bahawa saya juga boleh berjaya seperti ayah saya,” jelas Nur Laila Alway.
Bagaimanapun, hasratnya untuk berniaga di peringkat awal mendapat respon negatif daripada orang sekelilingnya. Menurutnya, ada yang berkata tidak guna memiliki Ijazah sarjana jika digunakan untuk berniaga sesuatu masih belum pasti boleh mendatangkan keuntungan atau tidak.
MODAL HASIL PERNIAGAAN KOSMETIK
Bermodalkan RM30, 000 hasil perniagaan kosmetik secara dalam talian pada 2018, Nur Laila memulakan perniagaan perabot.