Saat paling sukar adalah sewaktu kami sedang mulakan kehidupan berumah tangga. Meskipun saya berjawatan guru, namun, lebih 50 peratus gaji saya habis untuk membayar hutang ibu dan ayah.”
“Kami tiada wang simpanan, segala perbelanjaan perlu dikawal ketat. Kehidupan di bandar dengan anak-anak yang masih kecil, kos tadika, taska, minyak, tol, sewa rumah, kereta dan lain-lain.”
“Setiap kali nak raya mesti habis segala duit simpanan. Dengan kadar pendapatan kami sebegini, kami sedar bahawa tak mungkin boleh capai impian kami,” kata May Sarah Meor Mohamad atau dikenali Ticer Sarah membuka perbualan tentang kisah hidupnya yang pernah bergelut dengan masalah kewangan.
Ticer Sarah merupakan pengasas FS Mega World Sdn. Bhd bersama suaminya, Mohamad Farhan Mohamad Zainuddin yang memperkenalkan jenama Chocodap’s ke dalam landskap pemasaran coklat di negara ini.