Itulah persepsi Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet suatu ketika dulu semasa di universiti kerana orang kaya tidak membantu orang susah seperti dirinya.
Najib Asaddok sebenarnya agak skeptikal dan benci dengan orang kaya, terutamanya mereka yang bergelar jutawan sebelum ini.
Bagaimanapun akhirnya, diri beliau sendiri menjadi Usahawan Jutawan malah melahirkan pula usahawan jutawan dan berjaya yang lain.
Beliau bukannya lahir sebagai ‘anak orang kaya’ dan sebab itu beliau mampu membuka perniagaan yang menguntungkan hasil daripada bantuan ibu bapanya!
Sama saja seperti orang lain yang menjalani hidup yang sederhana di masa kecilnya. Malah, beliau juga tidak berlatarbelakangkan ahli keluarga yang berniaga…