by | Oct 30, 2022

CATATAN IMPIAN PADA SEKEPING KAD, 100% JADI KENYATAAN

Bekerja selama enam tahun sebagai pembantu showroom di sebuah syarikat yang menjual pakaian seragam dengan gaji permulaan RM750 sebulan terpaksa ditinggalkan apabila beliau menjalani rawatan kanser limfoma tahap satu.

“Kenapa saya berhenti bekerja di syarikat lama masa itu ekoran masalah kesihatan. Saya disahkan menghidap limfoma tahap satu dan memerlukan rawatan lebih lanjut, memerlukan cuti yang agak panjang.

“Jadi prestasi saya menurun. Keadaan kesihatan saya yang tak mengizinkan,” kata pengasas Sueffi Attire, Suzana Hashim memulakan cerita.

KEMAHIRAN MENJAHIT DAN SIJIL SPM

Meskipun diuji dengan kanser, beliau tidak menyerah kalah dalam melawan penyakit malah meneruskan kehidupan serta mengejar cita-citanya.

Berbekal kemahiran dalam bidang jahitan yang dipelajari selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pengalaman kerja sebelum ini membuatkan beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan.

“Saya hanya ada SPM sahaja tetapi memang berminat dalam bidang jahitan. Habis SPM saya sambung belajar di sebuah kolej, 6 bulan saya belajar menjahit, cita-cita (sebagai tukang jahit) ini adalah daripada ayah saya. Nak anak dia jadi tukang jahit.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL 44

BIL 44

Gadis kecil molek berjiwa besar, Adibah Mazlan merupakan seorang ahli farmasi yang diperakui oleh Lembaga Farmasi dengan pengalaman dua tahun dalam...

BIL 43

BIL 43

Mula berniaga seawal usia sembilan tahun, Haridah Sahri telah membantu Ayahnya menjual air balang. “Adik-beradik pun sama, tolong menjual sejak...

BIL 42

BIL 42

Hari-hari belajar, hari-hari berlatih.Itu sudah menjadi kelaziman kepada semua pegawai dan anggota tentera. Namun, kata-kata itu tetap kekal...

BIL 41

BIL 41

Rasa penat berulang-alik dari tempat kerja ke rumah kediaman membuatkan pasangan suami, Sri Krishna Subramaniam dan Sudha Devi bertekad untuk...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193