Nama Noor Arfa itu sendiri diambil sempena nama ibu bapanya. Noor diambil daripada nama ibunya, Noor Hijrah dan Arfa gabungan nama bapanya Wan Mohd Ariffin dan minat kepada kereta Alpha Romeo. Maka tertubuhlah Noor Arfa pada 1980.
Mula berdua di belakang rumah, ia terus berkembang dengan bantuan adik beradik sehingga berjaya membeli sebuah kilang dan dikenali sebagai pengeluar batik lukis terbesar di Malaysia pada 1989.
Permintaan semakin meningkat, mereka mula lebarkan sayap dengan buka cawangan di seluruh Malaysia dan mewujudkan sistem francais. Noor Arfa juga pernah terbang ke Los Angeles.
“Fasa awal perkembangan dari 1989 sehingga 1990. Sepanjang 10 tahun kita buka cawangan sehingga ke Sabah.
“Di Los Angeles, kita hantar pekerja ke sana dan buka cawangan,” kongsi Pengarah Urusan Noor Arfa Holdings Sdn. Bhd., Wan Mohd. Hafiz memulakan bicara.