KAEDAH HARAKI
Haji Zakaria Din @ Nasirudin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zakaria berasal dari Tanjung Karang, Selangor.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Karang, Selangor. Seterusnya mendapat pendidikan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Maahad Hamidiah, Kajang dan SMK Agama Seremban.
Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Syariah dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi dalam bidang Pendidikan Islam.
Ustaz Zakaria banyak membuat penyelidikan terhadap kaedah-kaedah pengajaran al-Quran.
Akhirnya pada 2013 beliau berjaya mencipta kaedah baharu yang dikenali sebagai kaedah Haraki.
“Kajian lanjut kaedah ini dilakukan bersama pakar-pakar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ketika saya menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah,” katanya.
Terdahulu, kaedah ini berjaya memenangi