Hari-hari belajar, hari-hari berlatih.Itu sudah menjadi kelaziman kepada semua pegawai dan anggota tentera.
Namun, kata-kata itu tetap kekal dipegang oleh bekas pegawai tentera dan atlet pemancing profesional syarikat memancing terbesar dunia, Shimano, Syafi’e Abdul Shukor.
Kini, beliau merupakan pengasas Fishing Buddies Academy (FBA).
KETENTERAAN VS PERNIAGAAN
Menurut Syafi’e, terdapat perbezaan serta persamaan antara bidang ketenteraan dan perniagaan.
“Kenapa saya pergi belajar? Sebab tak semua benda saya faham dulu boleh apply dalam dunia perniagaan terutamanya kepimpinan.
“Dulu dalam tentera kepimpinan kita lebih kepada autokratik. Kita cakap itu adalah sebagai satu arahan.
“Dalam bisnes, kita cakap dengan team. Team tak dengar kita tak boleh nak marah terus dengan dia. Kita tak boleh nak jatuh hukuman kepada mereka seperti dalam tentera.