Tak mahu menghampakan harapan emak tercinta, Ustaz Anas Azami mengambil keputusan menunaikan permintaan berkenaan.
“Mak saya cakap boleh tak buka pengajian alQuran. Mula-mula tu saya masih buat macam biasa. Bila mak saya dah dua tiga kali sebut, ini benda yang mak saya nak sangat saya buat.
“Kalau sebelum ini banyak impian mak yang saya tak dapat tunaikan, tak dapat jadi doktor
saya cuba tunaikan untuk jadi guru al-Quran,” katanya kepada Team RichWorks.
Mengimbas perjalanan membuka pusat pengajian al-Quran, Anas berkata, beliau membuka sebuah pusat pengajian di Sepang dengan menggunakan semua wang simpanannya.