PERMINTAAN AYAH
Siti Khadijah Abdul Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Puan Kat sebenarnya tidak bercita-cita untuk menyarung uniform putih, bertugas sebagai seorang jururawat.
Namun atas dasar memenuhi permintaan ayahnya, Puan Kat berjaya menamatkan pengajian dalam bidang itu dan bertugas di sebuah hospital kerajaan di Singapura.
“Saya terpaksa turutkan sebab tiada pilihan kerana ayah yang suruh ambil jurusan kejururawatan. Niat hati hendak gembirakan ayah, maka saya turutkan sahaja.
Kemudian, saya mula bergelut dengan keadaan sebab saya tak minat dengan dengan kerjaya itu. Bukan karier jururawat ni tak bagus cuma saya memang tak minat,” kata pengasas Kaifiyyah Pte Ltd.
Selepas mendirikan rumah tangga dan memiliki anak, Puan Kat semakin tidak betah dengan pekerjaannya itu, lebih-lebih lagi fokusnya kini tertumpu kepada zuriatnya.