Perabot yang berkualiti dengan rekaan menarik antara ciri-ciri menjadi pilihan pengguna.
Salah satu kedai perabot popular di negara kita adalah IKEA. Pengasas syarikat dari Sweden ini, Ingvar Feodor Kamprad bermula dengan hanya menjual mancis sahaja!
Syarikat perabot milik tempatan juga ada sejarahnya yang tersendiri.
Jika anda ke Perlis, Husmat Furniture adalah sebuah pusat perabot yang tidak asing lagi kerana menawarkan pelbagai pilihan perabot rumah dan pejabat.
Kedai perabot dengan tagline ‘Menyempurnakan Kediaman Anda’ ini juga turut menjadi pembekal perabot pilihan agensi kerajaan dan swasta di negeri itu lantaran layanan mesra dan terbaik kepada pelanggan.
Tetapi mungkin ramai yang tak tahu mereka mula berniaga dengan menjual barangan elektrik.