Squcci: Juruteknik Jadi Usahawan, Capai RM1 Juta Pertama Dalam Tempoh 6 Bulan Sertai SPIRE

Squcci: Juruteknik Jadi Usahawan, Capai RM1 Juta Pertama Dalam Tempoh 6 Bulan Sertai SPIRE
Squcci: Juruteknik Jadi Usahawan, Capai RM1 Juta Pertama Dalam Tempoh 6 Bulan Sertai SPIRE

Siapa kata seorang juruteknik tak boleh jadi usahawan yang berjaya? Founder Squcci, Mustaffa Malek dulunya seorang juruteknik yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang.

Beliau kemudian memilih untuk mula berniaga untuk mencari kelainan dalam kehidupan. Beliau mahu berubah daripada sebelum ini makan gaji kepada bisnes.

Kini beliau mempunyai kepakaran untuk menyediakan perkhidmatan pembelajaran bagi tukang jahit yang ingin mempelajari ilmu jahitan atau yang ingin meningkatkan lagi kemahiran jahitan ke tahap yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk menjalankan bisnes ini bila tidak tahu caranya. Beliau kemudian melakukan tindakan yang betul iaitu dengan menuntut ilmu.

Beliau bersama RichWorks – Program Mentoring Spire selepas melihat results yang dibuktikan dengan ramai usahawan boleh capai RM1 juta pertamanya.

Oleh itu, beliau ambil keputusan untuk mendapatkan bimbingan dengan RichWorks dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

“Alhamdulillah saya telah mencapai banyak perkara yang tak diduga (dalam SPIRE). Baik dari segi masa, kehidupan dan juga sasaran dalam perniagaan. Apa yang disasarkan alhamdulillah tercapai.

“Saya telah capai RM1 juta pertama dalam tempoh 6 bulan berada dalam SPIRE. Saya betul-betul tak sangka,” katanya.

Bagaimana Squcci melakukannya?

Tuan Mustafa menumpukan kepada pembinaan team Squcci yang dilihat menjadi faktor utama dalam kejayaannya mencapai RM1 juta pertama dalam tempoh 6 bulan saja.

Apatah dalam circle SPIRE, selain bimbingan diperolehi, beliau dapat melihat results kejayaan rakan usahawan lain yang memberikan kita dorongan dan semangat untuk mendapatkan hasil yang sama.

Bagi usahawan yang nak mencapai kejayaan seperti Tuan Mustafa ini, pesan beliau :

“Buat sebaik mungkin walaupun anda tak suka dengan apa yang anda lakukan…,” jelasnya.

Dalam apa yang dibuat termasuk bisnes memerlukan ilmu. Sama juga seperti atlit dunia, mereka juga memerlukan coach untuk memberikan tunjuk ajar dan pandangan untuk pastikan prestasi kekal malah bertambah dari semasa ke semasa.

RichWorks bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman mahu bimbing lebih ramai lagi usahawan yang nak menjadi seperti Tuan Mustafa. Mahu melihat lebih banyak usahawan dapat mencapai RM1 juta pertama mereka dari 6 bulan ke 12 bulan saja.

Apatah lagi pada awal tahun baru ini dengan kes pandemik yang tinggi, sesuatu perlu usahawan lakukan jika tidak tahu lagi caranya. Satu program Bina Bisnes Berjaya akan diadakan pada hujung bulan ini untuk bantu bangsa usahawan dalam tempoh mencabar ini.

Leave a Reply