- 05/02/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Pembangunan Peribadi
Tahniah bangsa usahawan, anda sudah mulakan tindakan dengan menjalankan bisnes masing-masing. Sebelum ini mungkin kebanyakan usahawan masih bekerja atau sedang belajar namun ambil keputusan untuk buat bisnes secara sambilan atau sepenuh masa.
Keputusan ini penting dan besar dilakukan anda ini kerana ia bukan saja akan memberi kesan kepada diri sendiri malah keluarga dan orang di sekeliling.
Harapan dan impian agar dapat jana pendapatan tambahan, bantu kewangan keluarga dan sebagainya akan menjadi pendorong bagi menjalankan bisnes berkenaan.
Namun ada bangsa usahawan yang tak mencapai apa yang diharapkan, bisnes dijalankan tak ada pertumbuhan, stuck pada tahap sama dan bazirkan hidup mereka dengan melakukan sesuatu yang tidak memberi keuntungan. Malah ada juga tak nampak pun di mana keuntungan mereka sedangkan bisnes sudah berjalan sekian lama.
Persoalannya sampai bila nak berada dalam keadaan itu, keadaan sama saja?
Jangan bazirkan hidup usahawan jika berlaku seperti perkara di atas ini. Berhenti sebentar, lihat balik apa yang berlaku, di manakah silapnya?
Sepatutnya dalam tempoh 3 tahun menjalankan bisnes, usahawan boleh capai RM1 juta pertama mereka. Malah jika ada ilmu dan bimbingan MenThor yang ditawarkan dalam RichWorks seperti Mentorship SPIRE menyasarkan usahawan untuk capai RM1 juta pertama dalam tempoh 6 bulan ke 1 tahun sahaja.
Ianya sudah terbukti dan tidak mustahil untuk bangsa usahawan mencapainya. Program SPIRE ini telah berjaya membina 215 usahawan yang berjaya capai RM1 juta pertama mereka.
Usahawan yang membazir
Mereka ini sebenarnya membazirkan sumber-sumber yang ada pada diri mereka terutamanya soal masa yang sangat berharga dan usaha. Hal ini berlaku pada kebanyakan mereka yang baru mula berniaga.
Hal ini kerana ketika mula berniaga, usahawan kebanyakan tidak ada duit yang banyak. Duit yang ada digunakan untuk modal, beli keperluan-keperluan bagi menjalankan bisnes berkenaan.
Masa dan usaha yang diluangkan mungkin tidak begitu dipandang oleh usahawan kerana ianya sudah ada, tidak perlu dibayar dengan wang ringgit dan tak rasa rugi.
Sedangkan jika direnungkan semula, ia boleh jadi pembaziran besar kepada bangsa usahawan. Mereka bazirkan hidup, sia-sia masa dan usaha yang diperuntukan bagi bisnes itu.
Tidak ada perancangan jelas malah ilmu yang betul bagi menyaksikan perkembangan dalam bisnes itu. Lebih sanggup buat saja tanpa ada bimbingan kerana difikirkan bisnes ini mudah dan boleh buat begitu saja.
Boleh saja, sebab itu banyak langgar dinding, tembok dan sebagainya hingga ada yang terus menghilangkan diri sebab sudah putus asa.
Bayangkan masa dan usaha yang dilaburkan dalam menjalankan bisnes itu akhirnya tidak ada apa-apa hasil. Harapan dan impian dibawa tidak sampai destinasinya.
Contohnya bagi baru nak mula bisnes, hasilkan produk sendiri yang dirasa hebat dan boleh menarik pelanggan. Bagaimanapun, mereka tak buat kajian dulu adakah produk itu menyelesaikan masalah dihadapi, market mereka dan mempunyai permintaan.
Syok sendiri, usahawan rasa produk itu pastinya menarik minat orang lain yang akhirnya tersimpan dalam stor rumah. Bukankan ianya bazirkan hidup sebagai usahawan yang tidak dapat menjual produk mereka?
Dari segi pemasaran pula, selalunya usahawan akan memasarkan kepada semua orang yang ada. Mereka akan menjual kepada semua tanpa ada spesifik siapa sasaran yang dicari.
Bukankah ini membazir masa malah tenaga yang digunakan untuk menjalankan marketing berkenaan. Jika usahawan ketahui siapa sasaran, sudah tentu boleh mendapatkan pelanggan-pelanggan yang betul.
Pelanggan yang betul dapat memudahkan anda untuk convert mereka menjadi raving fans. Raving fans di mana pelanggan-pelanggan sendiri bersemangat untuk berkongsikan produk atau perkhidmatan kepada orang di sekeliling mereka.
Jangan bazirkan hidup usahawan.
Justeru itu, sebagai usahawan kita tidak boleh sambil lewa dalam soal pembaziran utama ini. Masa tidak menunggu kita, semakin hari semakin pendek masa kita di dunia ini. Justeru itu, tanya diri adakah sudah membuat yang terbaik dalam bisnes yang sedang dijalankan ini? Jika belum, bila lagi?
Cuba bayangkan jika ada masa dan usaha yang pernah dibazirkan ini, digunakan bagi menjalankan bisnes pada peringkat permulaan lagi bersama ilmu, strategi, sistem dan bimbingan MenThor yang ada proven results.
Macam manakah keputusannya nanti? Bolehkah mendapatkan keputusan yang lebih baik lagi? Jawaban, insyaAllah boleh.
Tq selalu bagi Ilmu yang bermanfaat semoga team Richwork selalu diberikan kesihatan n dimudahkan segala urusan dunia n akhirat