- 28/01/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Kisah Inspirasi
Datuk Wira Dr Azizan Osman disahkan positif Covid-19 tapi bukan hanya beliau seorang malah 31 ahli keluarga termasuk emaknya pada 7 Januari lalu.
Hampir kesemua keluarganya dijangkiti virus yang sedang melanda dunia ini. Tak mudah untuk beliau kongsikan betapa sedih, perit dan ngeri pada waktu itu.
Ekoran virus itu, ibu mertuanya telah meninggal dunia. Ketika itu juga timbul kebimbangan bagaimana keadaan emaknya nanti, anak-anak yang masih belajar, ratusan anak didik yang menerima bimbingan secara dekat – Titanium, team RichWorks malah bangsa usahawan di luar sana.
“Adakah aku sudah melakukan yang terbaik buat mereka, sudahkah aku berikan ilmu dan bimbingan secukupnya, masih banyak perkara boleh aku lakukan untuk bantu & bimbing mereka?”
Keadaan semakin kritikal
Ketika menjalankan kuarantin selama 8 hari, keadaan kesihatannya menjadi semakin buruk hinggakan terpaksa dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sungai Buloh pada 14 Januari lalu.
Doktor beritahu oksigen dalam badan makin rendah, start batuk dan sesak nafas hingga nak tarik dan hembus nafas pun susah. Satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan.
Di Sungai Buloh, paru-parunya sudah diserang malah doktor katakan nak ‘give up’, kalau dia tak dapat pulih sudah tak dapat diselamatkan lagi. Menurut beliau, itulah saat penentu dengan beliau hampir berserah kepada takdir.
“Saya dah give up dan hanya ingat mati saja. Waktu itu saya fikir kalaulah Allah beri saya hidup semula, mesti Allah hendak saya buat sesuatu dan kerja lebih keras untuk menyumbang kepada orang lain,” katanya.
Datuk Wira Dr Azizan Osman sempat menghantar mesej kepada mak dan rakan baiknya iaitu Pengasas Bersama RichWorks, Datuk Jerry.
Maknya dan Datuk Jerry tak mahu beliau mengalah. Mereka titipkan doa dan semangat agar beliau terus berjuang dan melawan penyakit itu.
Berkat maknya yang membakar semangatnya kembali berkata kepada beliau :
“Kau tak boleh pergi lagi, ada ramai orang perlukan kau, kau kena fight”
Bermula daripada itu, beliau cuba lawan semula virus Covid-19. Semangatnya kembali bangkit untuk menewaskan musuh halimunan ini.
“Saya fight dengan otak, emosi dan diri ini. Do you want to live? Do you want to fight? That was the moment…”
Datuk Wira Dr Azizan Osman
Ketika itu, doktor memberi peluang terakhir kepadanya untuk menggunakan mesin pernafasan khas – pesakit benar-benar kritikal bagi menaikkan kadar oksigennya.
“Saya beritahu diri sendiri, saya mesti lawan penyakit ini dan pastikan tahap oksigen saya normal dengan cepat jika tidak saya perlu rawatan intubation dan peluang saya lagi rendah.
“Alhamdulillah, bermula Jumaat (15 Januari) tahap oksigen saya semakin menunjukkan perkembangan baik dan Isnin (18 Januari) saya tidak memerlukan mesin oksigen itu lagi,” jelas beliau lagi.
Allah Maha Besar dan sebaik-baik Perancang, ‘keajaiban’ berlaku dengan kekuasaan-Nya, keadaan beliau bertambah baik.
Dr Azizan Osman Melawan Covid
Akhirnya, beliau berjaya sembuh dan dibenarkan pulang Sabtu lalu, 24 Januari. Peluang kedua diberikan kepadanya tidak akan disia-siakan, malah beliau mahu terus berbakti kepada yang memerlukan.
“Saya rasa ini macam peluang kedua yang Allah jentik beri kesedaran untuk saya memberikan hidup dan bekerja lebih keras lagi berbakti kepada lebih ramai orang.
“InsyaAllah sebagai permulaan, saya sedang uruskan untuk menyumbang 100 unit mesin bantuan pernafasan khas yang saya pakai itu kepada Hospital Sungai Buloh kerana saya sedar ia satu keperluan, namun bilangannya amat terhad.
“Jadi mudah-mudahan dengan sumbangan itu, kita dapat membantu lebih ramai pesakit Covid-19,” ujarnya.
Jika anda yang mengalami situasi sama, apa boleh dikatakan bahawa penting untuk kuatkan semangat anda untuk melawan virus ini. Mohon doa kepada Allah SWT dan minta doa daripada ibu bapa anda agar diberikan kesembuhan dan kesihatan.
Yakin dan percaya, setiap kejadian ada hikmahnya. Dan beliau percaya dan sangat percaya dengan tak ada satu perkara bergerak kalau bukan izin-Nya. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Saya dan RichWorks got your back. Kami mahu bimbing dan bantu lebih ramai bangsa usahawan untuk bina bisnes yang berjaya. Kami akan terus buat apa yang sedang dibuat hingga hari ini dan di masa akan datang.
Pada hujung minggu ini, saya akan bongkarkan ELMU bagaimana saya bina bisnes anak didik saya untuk survive sepanjang PKP tahun lepas dan sesi ini juga untuk bagi support serta bantu rakyat Malaysia sama-sama bangkit untuk lawan pandemik malah terus survive dengan berniaga.
Kita jaga kita, mari kita sama-sama mainkan tanggungjawab masing-masing untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19 ini.
Semoga Dato’ segera sembuh InSyaAllah
Semoga Datuk vira diberikan kesembuhan seperti sedia kala oleh Allah SWT..
Semoga doc n family cepat sembuh dan kembali pulih seperti sediakala saya tau doc kuat sebab doc adalah orang yang baik banyak yg doakn