Bagaimana Nak Urus Bisnes Anda Ketika Krisis Pandemik. 5 Tips Untuk Usahawan

Dalam keadaan ketika ini, macam mana nak urus bisnes anda dengan sebaik-baiknya agar ia dapat beroperasi dengan lancar meskipun ada kekangan-kekangan tertentu.

Tiada rentas negeri di seluruh negara dan rentas daerah bagi 6 negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apatah lagi bagi bisnes yang tidak termasuk dalam 5 sektor ekonomi perlu (essential economy) yang dibenarkan beroperasi namun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP).

Ia mengikut negeri-negeri di bawah PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ataupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa sejak 13 Januari 2021.

Sehubungan itu, bisnes perlulah memastikan dan sentiasa mengingatkan team anda mematuhi segala SOP dan amalan norma baharu bagi memutuskan rantaian penyebaran pandemik COVID-19 di negara ini.

Bagi yang beroperasi dari rumah, sangat penting untuk sentiasa berkomunikasi kerana tak dapat berjumpa. Komunikasi baik dalam team dapat memastikan kerja dan tugas yang diperlukan dapat disiapkan mengikut masa ditetapkan.

5 Tips Penting Terutama Bagi Urus Bisnes Yang Beroperasi Dari Rumah :

  1. Pastikan team dilengkapi dengan peralatan diperlukan

Anda perlu memastikan semua team anda mempunyai peralatan yang diperlukan untuk bekerja dari rumah seperti komputer, internet dan sebagainya.

  1. Kekalkan komunikasi bersama team

Penting anda kekal berkomunikasi dengan team walaupun semua berada di rumah masing-masing. Banyak cara untuk kekal berkomunikasi dengan menggunakan teknologi sedia ada seperti aplikasi tele-sidang Zoom, Cisco Webex, Google Meet dan banyak lagi.

Team anda dapat mengetahui perkembangan projek atau tugas yang dilakukan, mesyuarat yang akan dibuat dan sentiasa berkomunikasi akan membuatkan anda merasa lebih berhubung dalam tempoh ini.

Dalam pada itu, jangan hanya bercerita soal kerja sebaliknya peruntukan juga masa untuk bersosial atau bertanya kabar tentang keadaan dan kesihatan team anda.

Mungkin ada yang tak sihat dan berada dalam tekanan yang mana membolehkan team memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan.

  1. Bersedia untuk tukar hala tuju bisnes

Dalam tempoh krisis, banyak benda berubah dengan cepat. Justeru itu, anda perlu ada pelan kecemasan atau alternatif agar dapat beroperasi.

Contohnya jika ada team anda yang tidak sihat atau dijangkiti virus, siapakah dapat mengambil alih tugasnya?

  1. Set matlamat, keutamaan dan tugas yang jelas

Penting untuk team anda mengetahui dengan jelas apa perlu dilakukan ketika ini. Apabila team anda tahu dateline mereka, waktu bekerja dan lain-lain akan melancarkan lagi kerja anda secara ‘remote’.

Mungkin ada mahukan team anda berada dalam Zoom pada pukul 8 pagi setiap hari waktu bekerja ataupun anda tak kisah waktu bekerja asalkan segala tugas-tugas disiapkan.

Oleh itu, pastikan apa yang anda mahukan diketahui team dengan jelas. Anda boleh menggunakan perisian yang bantu tingkatkan pengurusan kerja seperti Asana, Trello, Monday.com dan lain-lain lagi.

Ia memudahkan anda untuk track perkembangan kerja-kerja yang dilakukan dalam team anda.

  1. Gunakan media sosial

Sebelum ini, mungkin bisnes anda mempunyai premis fizikal yang mana orang ramai boleh pergi kesana untuk mendapatkan produk atau servis yang disediakan.

Tapi ketika krisis, lebih-lebih lagi bagi yang tak dapat membuka kedai secara fizikal perlu ambil peluang dengan penggunaan media sosial.

Ketika tempoh ini, ramai orang yang meluangkan lebih masa dalam platform media sosial seperti Facebook & Instagram.

Ia menjadi cara terbaik untuk berhubung dan berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan terutama yang sedia ada.

Tingkatkan keberadaan digital anda dengan posting yang lebih kerap, interaksi atau engagement lebih baik bagi memberikan lebih value kepada mereka.

Sehubungan itu, bagi usahawan adalah sangat penting untuk anda mencari jalan untuk selesaikan halangan atau masalah dihadapi ketika ini.

Kita fokus kepada apa kita boleh control & buat vs apa yang kita tak boleh control & buat”

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Penting untuk anda pada waktu ini menggunakan solusi atau penyelesaian yang inovasi menggunakan teknologi yang ada untuk bisnes dapat terus bertahan malah berkembang.

Tidak mustahil untuk berkembang ketika ini walaupun dalam PKP 2.0. Kita telah melalui PKP pertama pada 18 Mac tahun lalu di seluruh negara yang dilihat lebih ketat, namun ada banyak usahawan yang berjaya catat peningkatan malah pecah rekod jualan masing-masing.

Sehubungan itu, ketika ini juga anda boleh menghasilkan results yang sama jika tahu caranya. RichWorks bersama MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sentiasa bersama bangsa usahawan untuk memperlengkapkan dengan ilmu, strategi dan bimbingan untuk bina bisnes berjaya.

InsyaAllah, bersama-sama kita untuk mengharungi permulaan tahun baru ini, walau dalam tempoh Darurat, PKP, PKPB atau PKPB jom mula dengan langkah yang betul. Kita jaga kita.

Moga segala usaha dan tindakan dilakukan semua bangsa usahawan akan dipermudahkan dan mendapatkan kejayaan bukan saja di dunia malah akhirat kelak.



Leave a Reply