3 Strategi Memilih Bisnes Pertama

Jom ketahui strategi untuk anda yang tak nampak lagi jalan untuk memilih bisnes pertama yang nak diusahakan. Tak tahu bisnes apa yang nak dijalankan? Bermacam-macam bisnes ada, tapi mana satu yang ‘sesuai’ dan dapat menjana hasil?

Terutamanya bagi mereka yang ada bermacam-macam idea untuk buat bisnes hingga tak dapat nak putuskan mana satu hendak dimulakan. Ada yang teragak-agak untuk bermula kerana bimbang kemampuan untuk menjalankan bisnes.

Bagi mereka yang baru nak mulakan bisnes, berikut kami kongsikan strategi untuk memilih bisnes pertama anda.

3 strategi utama memilih bisnes pertama :

  1. Lihat pada apa di tangan anda

Cuba lihat di tangan anda sekarang, apa yang ada? Mungkin ia boleh menjadi bisnes yang boleh anda mulakan.

Seperti kisah Founder Das Abdul Global Sdn Bhd, Tuan Das Abdul yang memulakan bisnes bantal hotel 7 bintang apabila ketika itu ada bantal di tangannya dan Pekasam Daging Hakak Maneh yang diusahakan Puan Balkis Mohd Soib hingga sudah pun capai jualan jutaan ringgit.

MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman menyatakan mulakan apa di tangan bermaksud bagi mereka yang nak buat bisnes untuk buat apa yang anda tahu, ada pengalaman dan kepakaran dalam sesuatu perkara itu.

Hal ini lebih memudahkan bagi usahawan itu untuk menjalankan bisnes yang mereka sendiri sudah tahu dan biasa dengan produk atau servis berkenaan.

Bagaimanapun, tidak semestinya bisnes yang perlu anda tahu saja. Apa-apa bisnes boleh dilakukan sebagai Founder atau sertai sebagai ejen/dropship dan sebagainya asalkan ia tidak menyalahi perundangan negara dan membantu menyelesaikan permasalahan orang ramai.

Apa lebih penting adalah diri anda sendiri yang bersedia, mahu belajar dan ada kesungguhan untuk melakukan bisnes itu.

  1. Lihat pada poket anda

Ada 1,001 bisnes di luar sana yang membuka banyak peluang kepada orang ramai. Namun setiap bisnes itu berbeza dengan memerlukan modal yang berbeza.

Semuanya bergantung kepada ‘poket’ anda atau kemampuan kewangan yang dimiliki. Usahawan terutama bagi yang baru bermula atau belum lagi bermula sebolehnya lakukan bisnes dengan modal yang rendah dulu.

Apatah lagi kepada mereka yang tidak ada pengalaman berniaga malah tiada ilmu berkaitan, kemungkinan besar bisnes yang nak atau baru dijalankan itu tak bertahan lama.

Tidak perlu pun menjadi Founder, bermula sebagai dropshipper atau ejen boleh berkembang hingga capai jualan jutaan ringgit. Sudah banyak bukti yang dapat ditunjukkan dalam program mentoring disediakan RichWorks iaitu Elite X, Spire dan Titanium.

Jika anda tahu apa hala tuju dan mempunyai MenThor bisnes terbukti berjaya yang dapat beri tunjuk ajar, rasanya tiada masalah untuk bermula dengan besar namun perlulah ada ciri-ciri usahawan yang nak bina bisnes berjaya.

  1. Lihat kepada bisnes itu sendiri

Apakah permasalahan yang diselesaikan oleh bisnes yang nak dimulakan ini. Adakah bisnes itu mempunyai permintaan ramai orang dan bagaimana penawaran?

Siapakah sasaran pasaran anda secara spesifik yang mana dapat bantu anda membuat marketing nanti. Soal peluang dan hasilnya daripada bisnes juga perlu dilihat agar bolehkan anda membuat kira-kira dan mula buat perancangan berkaitan.

Kita tidak perlukan sebuah produk atau perkhidmatan yang ‘ajaib’, semua boleh digunakan, menyembuhkan semua orang dan lain-lain.

Fokus kepada satu perkara lebih baik kerana ia dapat membuatkan usahawan itu lebih faham dan mahir untuk menawarkan produk atau perkhidmatan berkenaan kepada bakal pelanggan mereka.



Leave a Reply