Nak Urus Bisnes - Virtual Classroom
RichWorks memperkenalkan sebuah lagi platform pembelajaran khas untuk usahawan yang serius untuk dibimbing dan dibantu perbetulkan dalam aspek pengurusan bisnes mereka. Nak Urus Bisnes – Virtual Classroom adalah satu lagi inisiatif dari RichWorks dalam membantu anda, bisnes owner untuk mendapatkan ilmu-ilmu terkini dengan lebih mudah, cepat dan tepat dalam pembelajaran secara Virtual/Online
Nak Urus Bisnes – Richworks Virtual Classroom
RichWorks memperkenalkan sebuah lagi platform pembelajaran khas untuk usahawan yang serius untuk dibimbing dan dibantu perbetulkan dalam aspek pengurusan bisnes mereka. Nak Urus Bisnes – Virtual Classroom adalah satu lagi inisiatif dari RichWorks dalam membantu anda, bisnes owner untuk mendapatkan ilmu-ilmu terkini dengan lebih mudah, cepat dan tepat dalam pembelajaran secara Virtual/Online
Apa itu
Nak Urus Bisnes – Virtual Classroom?
Nak Urus Bisnes – Virtual Classroom menampilkan 4 program Urus Bisnes yang akan bantu anda dalam aspek:
- Urus Duit
- Urus Kos
- Urus Cukai
- Urus Gaji
Adakah anda mempunyai halangan dalam bisnes? Anda ada masalah Nak Uruskan Bisnes dengan baik terutamanya dalam situasi yang mencabar sekarang? Apa perancangan yang anda ada? Siapa yang anda nak rujuk terutamanya bila melibatkan hal-hal Compliance?
Kami di RichWorks sentiasa berpegang dengan ILMU pasti ada jalan, dengan berguru pasti jelas perancangannya.
Kami akan bantu dan bimbing anda dalam 4 Program Urus Bisnes
Sebuah Seminar Online yang mendedahkan perkara asas dan penting tentang Pengurusan Duit Bisnes serta bantu anda mahir […]
Sebuah Seminar Online yang mendedahkan perkara asas dan penting tentang Pengurusan Kos dan Penetapan Harga yang betul […]
Sebuah Seminar Online yang mendedahkan perkara asas dan penting tentang Pengurusan Gaji staf dan anda sebagai seorang founder […]
Profil Speaker
Nasrul Hadi Shukran FCMA, CGMA, C.A.(M)
Vice President Finance
RichWorks International Sdn Bhd
Akauntan Bertauliah, Penceramah Program Perniagaan, Penasihat Pembangunan Perniagaan, Pengamal Pematuhan.
Sebagai Naib Presiden – Kewangan RichWorks International Sdn. Bhd., Nasrul Hadi kini mengetuai Jabatan Kewangan untuk sebuah organisasi yang merupakan Peneraju Pasaran dalam Pembangunan Keusahawanan.
Akauntan Bertauliah di bawah Institut Akauntan Malaysia (MIA) sejak 2014 dan baru-baru ini disahkan oleh CIMA sebagai Fellowship of CIMA (FCMA) dan Akauntan Pengurusan Global Bertauliah (CGMA), yang memiliki pengalaman mengamalkan Perakaunan, Pengauditan, Kewangan dan Percukaian selama lebih daripada 15 tahun. Dengan segala pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi sepanjang tahun, beliau kini merupakan Penceramah yang mengendalikan Program Perniagaan yang merangkumi topik Aliran Tunai, Pengekosan, Gaji, Percukaian dan topik-topik Berkaitan Pematuhan yang lain.
Sehingga Mei 2022, beliau telah mengumpul lebih 20,000 penyertaan untuk programnya yang dijalankan melalui Live dan Online Seminar. Pada masa yang sama, beliau juga berada dalam panel perunding, memberikan nasihat perniagaan dan sokongan terhadap sekumpulan Usahawan. Beliau terus berunding dan menyokong pelbagai perniagaan dan jenama di Malaysia untuk mengurus dan mengembangkan perniagaan mereka dengan cara yang paling sesuai terutamanya dalam hal berkaitan Pematuhan.
Sekarang, beliau sedang dalam proses melengkapkan kelayakan Akauntan antarabangsanya melalui ACCA, UK yang dijangkakan siap menjelang 2024.
APA KATA MEREKA?
Anda mempunyai keraguan atau pertanyaan boleh hubungi kami di:
Dan jangan lupa untuk follow kami untuk mendapatkan info-info tentang kami di:
PENAFIAN: Program Latihan RichWorks direka untuk membimbing Klien untuk belajar bagaimana untuk mencapai kejayaan secara konsisten dan membuat pilihan yang sesuai. Walaupun usaha sebaiknya telah diambil untuk mengekalkan Privasi Pelanggan, RichWorks tidak memberikan jaminan dalam hal ini atau untuk maklumat yang dikomunikasikan oleh dan antara Klien dalam program ini. Kejayaan Klien juga merupakan hasil daripada beberapa faktor termasuk motivasi dan niat peribadi, sikap, pengetahuan, ketekunan, kerja keras dan tekad.