Tips Jaga Pelanggan Sedia Ada Anda

Ibarat macam yang dikejar kita dapat, yang dikendong tak tercicir. Tak faham? Gegar sikit minda anda. Ini strategi tiptop meletop kalau pandai guna. Strategi ini amat sesuai bagi bisnes yang sudah mempunyai pelanggan.

Minta tolong pelanggan anda untuk tarik pelanggan baru. Bagaimana? Minta mereka dedahkan diri mereka. Expose. Nak minta kena ada caranya:

4 tips untuk anda minta bantuan pelanggan sedia ada :

  1. Berhubung
    Hubungi pelanggan sedia ada. Gunakan Whatsapp, SMS, emel atau Facebook untuk hubungi mereka.
  2. Bertanya
    Tanya pelanggan. Apakah perasaan dan kesan positif yang mereka alami setelah menggunakan produk bisnes anda.
  3. Meminta Izin
    Setelah dapat jawapan, minta izin pelanggan untuk gunakan perkongsian mereka sebagai bahan hebahan dalam kempen-kempen pemasaran bisnes.
  4. Menghargai
    Sebagai tanda terima kasih, berikan pelanggan hadiah saguhati kerana sanggup dedahkan diri untuk bisnes anda. Berikan hadiah percuma, kupon diskaun, cenderamata atau apa sahaja yang boleh membuatkan mereka gembira untuk berkongsi lagi di masa akan datang.

Gunakan perkongsian mereka ini dengan cara sebarkannya ke Facebook, Instagram, website, blog, flyer, poster, banner, bunting, majalah dan surat khabar.

*Jangan tak tahu, ini juga cara nak ikat pelanggan lama jadi setia, follow-up tanda anda kisah dengan mereka.

Strategi ini mampu meningkatkan:

1. Keyakinan pelanggan – terutamanya pelanggan baru terhadap produk bisnes.

2. Kepercayaan pelanggan terhadap jenama bisnes.

3. Keuntungan bisnes.

4. Tambahan pelanggan baru.

5. Menukarkan pelanggan sedia ada kepada pelanggan setia.

Dan strategi ini juga membuatkan prospek anda rasa “geram” kalau tak dapat cuba produk bisnes anda.



Leave a Reply