7 Tips Efektif Telemarketing Dalam Bisnes

Telemarketing selalu dianggap sebagai kegiatan yang mengganggu ruang peribadi pelanggan. Ramai di antara kita akan mengelak daripada menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

Berapa ramai di antara kita pula akan bijak secara tiba-tiba, mengarang alasan untuk tidak meneruskan perbualan setelah menerima panggilan telemarketing?

Tapi sebenarnya, telemarketing merupakan antara medium yang berpotensi untuk mendapatkan pelanggan dengan cepat hasil perbualan terus tanpa pihak ketiga.

Telemarketing – Jadi telemarketer yang efektif, anda perlu 7 perkara ini :

• Memberi penerangan dalam setiap panggilan yang telah anda lakukan. Sediakan skrip yang lengkap bagi memudahkan kelancaran anda membuat promosi. Sekiranya panggilan yang dibuat oleh anda kurang menyenangkan, bermakna anda sudah terlepas peluang bagi mendapatkan pelanggan.

• Reset minda sebelum membuat panggilan. Anda pasti berjaya mendapat pelanggan setelah anda mengenal pasti bakal pelanggan yang hendak dihubungi. Melalui info latar belakang dan jenis gaya hidup yang dianalisis hasil daripada sumber database anda, pelanggan akan lebih selesa dan mudah terpengaruh dengan mesej yang anda cuba sampaikan.

• Pilih soalan yang sesuai. Gunakan formula 5W 1H (Why, Who, Where, When, What dan How) bagi membantu anda mendapatkan info. Ia juga akan membuatkan panggilan anda mendapat maklumbalas yang memuaskan oleh pengguna.

• Jangan kaku ketika membuat panggilan. Gunakan elemen kemanusiaan bagi membuatkan panggilan anda kedengaran lebih mesra. Timbulkan mood seolah-olah anda sedang berada di hadapan pengguna dengan suasana perbualan secara bersemuka dengan pendengar yang dihubungi.

• Jangan menelefon pelanggan hanya untuk urusan penjualan sahaja. Jika ia dilakukan, jangan terkejut sekiranya pada penghujung panggilan anda, ia tidak membuahkan sebarang hasil.

Anda boleh mulakan panggilan untuk mendapatkan maklumat awal seperti emel untuk tujuan networking anda. Dengan cara ini, anda hanya perlu menyarankan pihak pelanggan untuk merujuk emel yang dihantar oleh anda.

• Tenangkan diri anda sebelum membuat panggilan. Perbualan yang gelojoh akan membuatkan anda kelihatan seperti seorang peniaga yang bodoh (kurang ilmu).

• Sentiasa beringat bahawa membuat panggilan yang pertama selalunya tidak berhasil. Kegagalan ini akan membuatkan anda sentiasa membaiki mutu panggilan anda sekaligus anda akan lebih memahami kehendak pelanggan. Ingat, jangan mengalah terlalu cepat.



Leave a Reply

grandpashabet | roketbet giriş | roketbet | grandpashabet | grandpashabet giriş | grandpashabet | grandpashabet giriş | grandpashabet | grandpashabet | grandpashabet | stresser | betnano | ultrabet | ultrabet | grandpashabet | royalbet | royalbet giriş | yakabet | yakabet giriş | timebet | timebet giriş | galabet | galabet giriş | elexbet, elexbet giriş | Elexbet | Elexbet giriş | grandpashabet | grandpashabet giriş | grandpashabet | grandpashabet | grandpashabet giriş | perabet | perabet giriş | grandpashabet | grandpashabet giriş | roketbet | roketbet giriş | royalbet | royalbet giriş | roketbet | grandpashabet | royalbet | galabet | galabet giriş | galabet | romabet | romabet giriş | galabet | galabet giriş | romabet güncel giriş | how to create invoices | how to create an invoice | how to pronounce | how to pronounce nguyen | how to pronounce pho | hiltonbet | hiltonbet giriş | roketbet | جلب الحبيب | فك السحر | جلب الحبيب | فك السحر | جلب الحبيب خلال 24ساعه | جلب الحبيب | فك السحر | جلب الحبيب | فك السحر | جلب الحبيب خلال 24ساعه |