- 22/01/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Perkembangan Bisnes
“Sales tak cukup ni, kena hire ramai lagi team sales supaya boleh achieve target sales syarikat!”
Ingatkan ambil team sales ramai, sales akan meningkat. Sebaliknya sales tak meningkat malah lagi teruk jika menurun pula. Mengapa situasi sebegini boleh terjadi?
Mesti ada sesuatu yang tak kena, jika dikira secara logik matematik, dengan team yang lebih ramai pastinya dapat lebih sales.
Tapi lepas beberapa bulan, sales masih sama, peratusan naik sikit sangat. Duit dah invest banyak untuk bayar gaji basic pekerja. Agak-agak apa roadblock yang sebenar untuk selesaikan masalah ni?
Anda perlu ingat yang realisasikan kerja ini adalah manusia yang ada emosi. Kadang-kadang ada hari mereka tak dapat capai target dan paling menyedihkan bila tak ada sales langsung.
Nak harapkan gaji basic tak mampu nak tampung kehidupan mereka. Jadi, mereka akan down dan tak bersemangat untuk bekerja. Inilah realiti pekerjaan sebagai salesperson.
Sales tak meningkat
Sabar! Jangan judge dulu! Nak tahu tak, kalau mereka ada ilmu dan skills yang betul, silap haribulan nanti, boleh jadi jutawan dengan komisyen yang mereka dapat. Kan seronok bila dapat bantu mereka. Betul?
Jangan risau sekiranya anda tak tahu nak urus team sales supaya mereka kekal produktif dalam skop kerja yang mereka lakukan. Anda boleh cuba gunakan 3 forma yang efektif ini bagi team sales.
3 formula yang efektif ini:
- Kekalkan persekitaran yang bermotivasi
- Buat meeting
Macam mana nak kekal bermotivasi? Cuba mula dengan buat meeting
untuk team sales anda. Dari alternatif ini, anda boleh tahu roadblock yang mereka hadapi. Kerjaya sebagai sales person bukan satu kerja yang mudah. Ada masa mereka akan down bila tak dapat capai target syarikat. Jadi, ambil tahu roadblock yang mereka hadapi supaya dapat mengurangkan tekanan atau stress.
- Buat coaching dan training
Bila dah dapat tahu roadblock sales team anda, kongsikan ilmu atau pengalaman supaya mereka dapat improve skills mereka. Pastikan coaching ini dilakukan secara berterusan supaya mereka sentiasa tingkatkan prestasi kerja mereka.
- Kongsikan report sales individu
Perkongsian ini secara tidak langsung dapat membakar semangat antara satu sama lain supaya bersaing secara sihat. Perkongsian ini juga membolehkan pekerja yang dah berjaya boleh membantu pekerja yang lemah untuk perbaiki skills mereka.
2. Beri komisyen
- Cipta pelan komisyen
Cipta commission plan yang bersesuaian dengan syarikat dan produk anda.
Sebagai contoh, ada syarikat yang hanya tawar komisyen sahaja. Ada juga syarikat yang sediakan gaji tetap dan beri komisyen. Pastikan pelan komisyen anda membuatkan orang tertarik untuk bekerja dan terima tawaran yang anda berikan.
- Kadar komisyen
Beri mereka pilihan untuk mereka capai target tahunan supaya kadar komisyen dinaikkan atau sekiranya sesiapa yang tak capai target tiada kenaikan komisyen. Jangan letakkan had komisyen.
Bila ada had komisyen, sekiranya sales team anda dah capai target yang ditetapkan, mereka tak ada push factor untuk buat lebih banyak jualan. Beri mereka komisyen tinggi untuk produk yang paling mahal. Hal ini kerana bila anda beri komisyen rendah untuk produk paling mahal adalah salah satu motivation killer untuk team sales anda.
3 Tawarkan hadiah dan insentif
- Beri insentif secara harian, mingguan, bulanan atau tahunan.
Dengan cara ini, team sales anda anda semangat bersaing secara sihat pada setiap hari untuk capai target yang dah ditetapkan. Sebagai contoh, kepada sesiapa yang dapat capai target mingguan akan dapat hadiah istimewa dari syarikat. Hal ini menjadi salah satu motivasi atau push factor untuk mereka capai sales lebih banyak setiap hari.
- Beri mereka award sebagai tanda penghargaan.
Penganugerahan ini akan memberi motivasi kepada team dan diri mereka untuk buat lebih baik dalam kerjaya ini. Malah dapat elakkan team anda daripada fikir nak berhenti kerja.
- Beri hadiah yang berkualiti
Kenapa perlu beri hadiah berkualiti? Sebab antara mereka tak ada masa bersama keluarga atau diri sendiri apabila sibuk buat hard selling. Jadi, dengan hadiah berkualiti akan menaikkan semangat mereka untuk bekerja. Sebagai contoh hadiah yang anda boleh berikan, dapat cuti, dapat gym membership, dapat voucher makanan, percutian, atau beri perkara yang mereka suka.
Nak tahu betul ke tak formula ni berkesan bantu ketika team ramai tapi sales tak meningkat, kenalah cuba dulu! Bertindak sekarang dan bantu team sales anda! Barulah anda dapat berkembang dan membina bisnes yang berjaya.