Tahu Kekurangan Bisnes Anda. 3 Tips Untuk SWOT

Kenal pasti apa kekurangan bisnes agar sesuatu tindakan bagi penambahbaikan dapat dilakukan dari semasa ke semasa. Kekurangan atau kelemahan yang ada boleh membuatkan bisnes atau syarikat anda tak dapat mencapai potensi yang sebenar.

Bagi menganalisa kelemahan bisnes, anda boleh menggunakan SWOT – Strengths, Weaknesses, Opportunities dan Threats yang merupakan sebahagian proses perancangan strategik bisnes.

Proses analisis SWOT pada bisnes anda akan dapat bantu kenal pasti pada bahagian mana perlu ditambah baik. Anda juga akan lebih faham kekurangan yang ada.

SWOT akan memberikan fokus untuk kenal pasti faktor-faktor dalam 4 kategori ini :

Strenghts -Bahagian paling kuat dalam bisnes model dan selling point paling efektif. Selain itu, keupayaan pasukan dan pelaburan anda.

Weaknesses – Bahagian paling lemah dalam bisnes model dan kelemahan dalam saluran jualan. Apa lagi kekurangan dalam team dan pelaburan.

Opportunities – Potensi bagi leads, pelabur-pelabur, majlis dan sasaran market baru.

Threats – Pesaing-pesaing berpotensi dan pembangunan pemasaran negatif.

Berikut beberapa tips untuk anda menggunakan SWOT :

1. Dapatkan pandangan orang lain

Adakala kita tak dapat nampak sesuatu maklumat yang bernilai dalam bisnes sendiri. Sebab itu perlunya mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan termasuk pelanggan, pembekal dan pekerja anda sendiri.

Sama ada secara formal atau tidak formal, ketahui pandangan mereka terhadap kekuatan dan kelemahan yang mereka lihat. Anda mungkin akan dapat ‘insight’ yang tidak ada sebelum ini.

2. Pantau dengan rapai aduan pelanggan anda

Penilaian kepada kekuatan syarikat lebih mudah untuk dilihat berbanding kekurangan yang ada. Namun melalui aduan pelanggan, ia dapat menjadi sumber mengenai kekurangan yang ada.

Maklumat yang diperolehi daripad aduan itu dapat membantu anda kenal pasti kelemahan kerana anda akan nampak corak aduan berkenaan.

3. Buat perbandingan bisnes dengan pesaing anda

Banyak perkara anda boleh pelajari mengenai bisnes sendiri dengan melihatnya menerusi kaca mata pesaing.

Selain melihat dalam bisnes anda, lihat juga pada apa yang pesaing anda buat dengan baik untuk ketahui jurang dalam prestasi pasaran.

Antara perkara boleh dibandingkan seperti dari segi adakah laman web mereka senang dilayari pelanggan, ada tak penekanan perkhidmatan pelanggan berkualiti tinggi dan aspek yang dilihat lebih efektif atau tidak berbanding anda.

Lihat juga dari segi material pengiklanan termasuk platform media sosial akan berikan perspektif bernilai untuk pengoperasian anda sendiri.

Kenal pasti kekurangan bisnes :

Selepas anda mengenal pasti apa kekurangan bisnes anda atau kelemahan yang ada, barulah dapat cari jalan untuk memperbaikinya. Memperkukuhkan imej anda menerusi kualiti produk atau perkhidmatan merupakan langkah permulaan yang baik.

Jika tawaran yang anda berikan lebih baik berbanding pesaing, anda akan dapat melihat hasil yang lebih baik.



Leave a Reply

grandpashabet | roketbet giriş | roketbet | grandpashabet | grandpashabet giriş | grandpashabet | grandpashabet giriş | grandpashabet | grandpashabet | grandpashabet | stresser | betnano | ultrabet | ultrabet | grandpashabet | royalbet | royalbet giriş | yakabet | yakabet giriş | timebet | timebet giriş | galabet | galabet giriş | elexbet, elexbet giriş | Elexbet | Elexbet giriş | grandpashabet | grandpashabet giriş | grandpashabet | grandpashabet | grandpashabet giriş | perabet | perabet giriş | grandpashabet | grandpashabet giriş | roketbet | roketbet giriş | royalbet | royalbet giriş | roketbet | grandpashabet | royalbet | galabet | galabet giriş | galabet | romabet | romabet giriş | galabet | galabet giriş | romabet güncel giriş | how to create invoices | how to create an invoice | how to pronounce | how to pronounce nguyen | how to pronounce pho | hiltonbet | hiltonbet giriş | roketbet | جلب الحبيب | فك السحر | جلب الحبيب | فك السحر | جلب الحبيب خلال 24ساعه | جلب الحبيب | فك السحر | جلب الحبيب | فك السحر | جلب الحبيب خلال 24ساعه |