Susah Nak Cari Klien? Ikuti Beberapa Tips Ini

Setiap usahawan pastinya mahu mendapatkan klien atau pelanggan namun bukan semua orang tahu macam mana nak dapatkannya dengan betul.

Usahawan terutamanya yang menyediakan perkhidmatan, pastinya mahu mencari klien yang memahami apa yang anda sediakan dengan nilai-nilai tambah diberikan dan membayarnya.

Bagi mendapatkan klien dan pelanggan yang sanggup mendapatkan perkhidmatan anda, terdapat beberapa cara dan tips untuk anda pertimbangkannya.

3 tips bagi mencari klien baru :

1. Gunakan rangkaian pelanggan sedia ada

Ya gunakanlah database sedia ada anda. Mereka ini sudah percaya dan berpengalaman berurusan dengan anda sebelum ini. Pastinya lebih mudah untuk anda berhubung dengan mereka.

Setiap daripada kita ini pastinya mempunyai rangkaian kenalan, keluarga sendiri yang selalu dihubungi. Justeru itu, tanggungjawab anda adalah untuk bertanya kepada pelanggan sedia ada anda.

Sebab itu, pentingnya sesebuah database bagi seorang usahawan. Seperti kata MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman bahawa “Database is a king”.

Tanya saja kepada database anda semudah ini, adakah anda memerlukan khidmat ini?

2. Pendekatan ‘lost lead’

Meskipun anda baru bermula berniaga, orang tidak kenal anda dan mengambil perkhidmatan yang ditawarkan.

Namun jangan risau, terdapat cara mudah untuk mengatasinya dengan gunakan pendekatan ‘lost lead’ yang mana mudah bagi membina rangkaian referral anda.

Contohnya jika anda seorang guru bagi kelas masakan, berikan kelas percuma kepada sekumpulan orang yang memerlukannya. Bagaimanapun, mereka ini perlulah menjemput 3-5 rakan mereka yang dapat menggunakan perkhidmatan yang sama.

Mengikut kajian dijalankan mendapati orang lebih percaya rakan mereka berbanding lain ketika buat referral. Mungkin pada peringkat awal anda seperti kehilangan sikit masa dan wang tetapi usahawan akan mendapat lebih banyak leads. Sebagai pertukaran bagi kerja yang bagus, anda akan menerima kases kepada klien berpotensi.

3. Cold traffic

Cold traffic membolehkan orang baru untuk menemukan anda. Tapi dengan rangkaian kuat, sasaran bagus dan kejayaan terbukti berjaya di sini, hari ini.

Macam mana? Diharap 3 tips di atas ini dapat membantu anda mendapatkan klien dan pelanggan baru. Anda akan menyaksikan peningkatan jualan itu.



Leave a Reply