Mylife : Syarikat Kontraktor Kelas A Lingkup Ekoran Krisis Ekonomi, Beralih PKS Tapi Hampir Kecundang Dek PKP 1.0

Mylife : Syarikat Kontraktor Kelas A Lingkup Ekoran Krisis Ekonomi, Beralih PKS Tapi Hampir Kecundang Dek PKP 1.0

Hj Wahab Berjaya Bangkit Bila Disentap Jiwa Dalam Program RichWorks

Sebelum menjadi usahawan perusahaan kecil dan sederhana, beliau merupakan seorang kontraktor kelas A di Negeri Pahang yang pernah membuat projek bernilai 100 juta dan bertaraf syarikat Teras oleh Teraju.

Malangnya krisis ekonomi yang melanda menyebabkan Pengerusi dan Co-Founder Mylife Industry, Hj Abdul Wahab Ismail
terpaksa menutup bisnes pembinaan walaupun cuba bertahan hampir 4 tahun dan segalanya hancur sehingga telah hilang soul dalam bisnes.

Kemudian Hj Wahab secara kebetulan, mengusahakan ladang Roselle pada 2017 juga hampir kecundang apabila pembeli hasil tuaian menghilangkan diri.

Namun hasil tindakan pantas beliau melancarkan produk kordial dan minuman jus Roselle jenama Mylife yang berjaya menyelamatkan hasil pertanian berkenaan pada Jun 2018.

Selepas itu, masalah lain timbul apabila sales stuck pada satu tahap. Daripada situlah, beliau sedar bahawa sebenarnya tidak ada ilmu yang betul untuk lonjak bisnes disamping hanya mengharapkan anaknya untuk jalankan bisnes itu.

Tidak berhenti di situ, situasi menjadi buruk apabila berdepan PKP pada 18 Mac 2020 yang mana terpaksa tutup operasi kilang dan memberhentikan sepenuhnya aktiviti di ladang.

“Namun begitu setiap musibah pasti ada hikmahnya. Tanpa dirancang, anak telah mendaftarkan nama saya dalam program ZTM dan selepas itu MMM.”

“So di sinilah turning point saya di mana soul disentap oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman di mana saya rasa sangat tercabar dalam program tersebut. Beliau kerap kali melontarkan cabaran supaya orang yang hilang soul dalam perniagaan seperti saya, supaya sedar dan bangkit, jangan biarkan soul kita mati sebelum sampai masanya.”

Hj Wahab

 

Beliau sedar bahawa selama ini bisnes dalam keadaan teraba-raba, tiada hala tuju jelas buatkan sales stuck di bawah RM50,000 selama hampir 3 tahun. Selepas kelas MMM bulan Mei 2020, Hj Wahab telah tukar sepenuhnya konsep bisnes kepada online dengan sistem ejen dan stokis.

“Alhamdulillah dalam tempoh tidak sampai tiga bulan saya berjaya meningkatkan sale kepada lebih RM50,000 dan lebih 100 orang yang sertai kami sebagai ejen dan stokis,” jelasnya.

Beliau tidak memilih RichWorks, tetapi Allah yang mendorongkannya untuk mendapatkan bimbingan RichWorks. Banyak perubahan ketara dari sudut matlamat, peningkatan sales serta pembesaran team ejen dan stokis serta harapan daripada team buatkan Hj Wahab perlu memohon untuk dibimbing ke tahap lebih tinggi.

Pada Ogos 2020, beliau menyertai SPIRE yang banyak ilmu dan sistem yang dipelajari disamping circles yang membakar semangatnya dengan perkongsian wins.

“Saya juga pada mulanya tidak percaya bahawa bisnes Roselle ini boleh mencapai jualan RM1 juta sebab hanya menganggap sebagai peniaga PKS yang sekadar bisnes biasa-biasa sahaja.”

“Tetapi segalanya berubah apabila saya menyertai group SPIRE pada Ogos 2020 di mana tidak sampai 5 bulan, saya berjaya melonjakkan bisnes capai jualan RM1 juta pertama pada Disember 2020.”

Hj Wahab

Apa lagi luar biasa, jualan beliau sepanjang tahun lalu, meskipun melalui PKP 1.0 menyaksikan jualan berjumlah RM1.37 juta berbanding RM244,116 pada 2019.

Tidak berhenti di situ, beliau kemudian berjaya sertai Titanium circle bermula Januari lalu sebab jelas dengan hala tuju bisnes supayan dapat dibimbing dengan lebih dekat oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Apa yang dilakukan sampai capai RM1 juta pertama:

  1. Set matlamat yang jelas dalam bisnes.
  2. Mantapkan ilmu – strategi marketing dan branding, urus kewangan dan leadership.
  3. Bina sistem yang mantap dengan berkonsepkan untuk beri manafaat kepada lebih ramai orang melalui sistem ejen dan stokis
  4. Trust dan follow sahaja proses yang ada dalam sistem mentoring Richworks melalui journey yang telah diatur.
  5. Sentiasa bersyukur dan bertawakal kepada Allah

Pesan Hj Wahab kepada orang di luar sana yang mahu bina bisnes berjaya, beliau sangat percaya kepada niat yang betul apabila nak berniaga seperti niat untuk membantu dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang.

“Saya yakin kita akan buat sungguh-sungguh dengan komitmen dan disiplin yang tinggi tanpa ada rasa jemu.”

Hj Wahab

 

Leave a Reply