GRC : Founder Buat Bisnes Gila-Gila, Macam-Macam Dibuat Tapi Tak Berjaya Sebelum Ini

GRC : Founder Buat Bisnes Gila-Gila, Macam-Macam Dibuat Tapi Tak Berjaya Sebelum Ini

Tuan Syazwan Bangkit, Sanggup Naik ‘Belon’ Dari Kuching, Tidur Di Stesen Petronas Untuk Tuntut Ilmu Bisnes di KL

“Hidup sangat-sangat struggle, dulu tinggal di rumah ibu bapa dan kemudian rumah mertua sebab tak ada tempat tinggal tak ada pendapatan yang kukuh,” kongsi Tuan Syazwan Mustaffa.

Menurut Founder Gigit Rangup Cookies (GRC) itu, beliau dan isterinya tidak bekerja sebaliknya menjalankan bermacam bisnes kecil-kecilan – jual kuih dan lain-lain.

Tuan Syazwan memang dibesarkan dengan mentaliti tidak bekerja dengan keluarganya memang melakukan bisnes kecil-kecilan dengan bapanya seorang penebar roti canai dan buka gerai di bazar bila bulan Ramadan.

Jelasnya, beliau sudah bukannya disebabkan malas dan tak buat apa-apa tapi bekerja keras dari pagi ke malam, macama mana nak dapatkan pendapatan lebih baik, memang fight untuk mendapatkan kehidupan lebih baik bagi isteri dan kedua anaknya.

“Saya memang usaha gila-gila, tapi apa berlaku bertahun-tahun keadaan hidup tak berubah, sentiasa tak cukup, masih duduk di rumah ibu bapa/mertua, makan minum pun tak dapat beli untuk rumah dan mak bapa yang beli makanan, kita makan saja dalam keadaan ada anak dan isteri. Saya rasa sangat fail ketika itu,” luahnya.

Perkara yang mengetuk dirinya untuk berfikir apabila tengok ibu bapanya masih dalam kesusahan setiap hari, tebar roti canai, buat makanan bungkus untuk hantar di pejabat-pejabat, buat katering kecil sebab nak tanggung belanja rumah, bayar elektrik dan air.

Ia menjadi titik tolak kepada Tuan Syazwan bila melihat kesusahan ibu bapanya, penat lelah mereka untuk masih tampung dirinya bersama anak isteri dekat rumah. Namun bisnes-bisnes dilakukan semuanya melingkup.

Perubahan Tuan Syazwan dalam bisnes

Kebetulan, beliau mula kenal dengan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman selepas menerima video bersiri yang dihantar melalui email selama 5 hari. Beliau teruja dan menantikan perkongsian ilmu bisnes daripada video itu.

Pada tahun yang sama, beliau kemudian sertai seminar IMKK anjuran RichWorks pada September 2015 yang mengubah mentalitinya 360 darjah. Beliau sanggup terbang naik ‘belon’ (kapal terbang) dari Kuching ke Menara PGRM, Cheras walaupun duit hanya cukup bagi tiket kapal terbang pergi dan balik.

“Saya tidur dekat surau Petronas selama dan mandi dekat tandas di sana, makan nasi bujang saja waktu itu selama 3 ke 4 hari. Memang susah tapi alhamdulillah, bila kita nak berjaya memang bukan mudah dan tak ramai orang sanggup buat. Tapi kalau sanggup buat, insyaAllah saya akan ada advantage berbanding orang lain. Itu yang saya fikir,” ujarnya.

Bermula situ, journey founder Gigit Rangup Cookies (GRC) ini untuk belajar dengan sertai program-program RichWorks hingga 2021 ini. Benda betul yang dibuat beliau adalah setiap tahun sentiasa keep on update dengan program RichWorks, beliau pergi belajar walaupun tidak semua program diikuti disebabkan kekangan kewangan dari segi kos penerbangan, hotel dan lain-lain.

“Tapi benda silap saya buat, tidak pergi coaching & mentoring (bimbingan secara dekat). Sebab itu dari 2015 sampai 2019, results saya macam itu saja, tidak naik-naik, setiap bulan jualan stuck tidak lebih RM20,000.

“Sampai September 2019, saya buat keputusan untuk sertai SPIRE, dalam keadaan tak ada duit, menggunakan duit simpanan saya yang hanya ada sebanyak RM5,000 untuk bayar deposit. Saya dan isteri ada trust yang tinggi bersama RichWorks. Alhamdulillah peningkatan berlaku dan pada Jun 2020 diterima sertai Titanium circle,” ujarnya.

Pencapaian Gigit Rangup Cookies (GRC) dan Tuan Syazwan

Ia merupakan impian Tuan Syazwan untuk menjadi ahli Titanium sejak 2015 lagi hinggakan ada gambar berkumpulan ahli Titanium bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman yang beliaup crop dan meletakkan wajah beliau sendiri. Gambar itulah yang menjadi tatapan beliau yang akhirnya berjaya mencapai impiannya.

Setelah 5 tahun journey bersama dengan Richworks, banyak perkara yang beliau impikan sudah tercapai. Beliau berjaya capai RM1 juta pertama bersama RichWorks pada 2020.

Sales dicapai beliau sepanjang 2020 berjumlah RM1.15 juta meskipun ketika PKP 1.0 berbanding RM250,420 pada 2019. Sebelum mendapatkan mentoring & coaching, jualan dicapai hanya RM164,000 pada 2018.

Pesan Tuan Syazwan, banyak perubahan berlaku dalam hidupnya, banyak impian tercapai, banyak benda yang nak dan dapat capai bila mula pergi coaching & mentoring. Ia betul-betul beri impak sebab ada orang pantau, nasihat dan tegur anda seperti yang dialami beliau sendiri.

4 Comments

  • Norshafarina

    Sama macam saya joint bisnes macam-macam tapi tak ada hasil pun.

    • Team RichWorks

      Hai Cik Puan Norshafarina jangan putus asa, itu sebab ilmu dan mentor sangat sangat penting supaya Cik Puan sentiasa dalam circle yang positif untuk capai sesuatu yang dimpikan dalam bisnes Cik Puan.Jika ada sebarang pertanyaa boleh rujuk terus Team Richworks di talian wasap.my/60167136638 . Kami Team Richworks sentiasa ready untuk anda!

      Unapprove | Reply | Quick Edit | Edit | Spam | Trash

  • MOHD IBRAHIM BIN KUNHI MOHAMMAD

    Saya inginkan bimbingan dato Dr azizan sebagai mentor sy dlm memulakan bisnes peria crispy… Sy buntu mcm mane nak tingkatkan sale Dan pengeluran produk..sbb sy bermula Di rumah ..permintaan pulak tidak memgecewakan…

    • Team RichWorks

      Hai Assalamualaikum Tuan Mohd Ibrahim . Tuan pasti boleh! jangan buntu dulu, mesti cari jalan untuk capai yang diimpikan .Jika ada sebarang pertanyaa boleh rujuk terus Team Richworks di talian wasap.my/60167136638 . Kami Team Richworks sentiasa ready untuk anda!