Budak Flat Kena Hina Berniaga Tepi Jalan Dan Buka Booth, Journey Nur Aisyah Kamsani, Founder Qalish Ini Pasti Memberi Inspirasi Pada Korang!

“Saya membesar sebagai anak flat jer kat Flat Ahmad Razali, Ampang. Anak sulung daripada 5 adik beradik. Ayah pernah jadi guard di Hotel Flamingo Ampang, di samping itu ayah juga ada berniaga macam-macam produk kesihatan dan MLM. Ibu pula bekerja shift pagi malam di Bursa Saham Malaysia sebagai kerani…”

Hidup Puan Nur Aisyah Kamsani, founder kepada produk Qalish ni dan adik-beradiknya tidaklah senang tapi Alhamdulilah cukup makan pakai dan happy je. Cuma dari kecik dia diajar dan dibawa bersama untuk berniaga bersama ayah dan ibunya.

Seawal umur 12 tahun dah ikut ayah ibu berniaga dan buka meja tepi jalan. Bukan tu je, dia juga join expo, pernah jugak berniaga barang-barang mainan untuk tampung kami adik beradik. Kalau korang nak tahu, ibunya bekerja shift, kalau mereka lapar, masak sendiri je. Nak makan Mc Donald atau KFC tu jauh sekali lah. Makan pun bila ada di antara mereka yang teringin nak makan. Kesian kan? Kalau kita sekarang nak makan main order jer..Kita nak cakap kita ni susah tapi orang lain ada yang lagi susah tau.

Perjalanan bisnesnya bermula selepas dia tamat melanjutkan pelajaran. Selepas ayah ibunya habiskan duit yang banyak untuk tampung kehidupan dia tekad untuk ubah nasib keluarga dia. Sampai bila nak hadap kehidupan biasa-biasa macam tu kan? Anak mana yang sanggup tengok ayah ibu bersusah-susah cari duit untuk anak?

“Pada 2009, tamat je belajar pada bulan Mei 2009 saya terus buka company Enterprise, Riqueza Resources dan saya juga sewa office di Sri Rampai. Walau dah ada office saya buat keputusan untuk bekerja sebagai personal financial executive di institusi perbankan. Dapat la kerja 3 bulan jer sebab saya resign. Gaji sikit masa tu saya pakai kereta Neo..bulan-bulan jer dekat RM600..dengan sewa rumah lagi, konon kerja malam nak berniaga sebab ada office kan..tapi tak lepas dan saya tak happy.”

Jadi dia buat keputusan untuk berbisnes fulltime. Korang tahu apa bisnes yang dia buat dulu? Apa je dia tak berniaga? Berniaga tepi jalan sebab tak amek tapak pasar tani, main buka meja je tepi longkang tu. Lepastu dia juga pernah berniaga car boot sales, berniaga di pasar tani Shah Alam, Melawati, pasar malam,expo dan banyak lagi.

“Pengalaman berniaga jadi stokis-stokis produk-produk kecantikan dan ada pengalaman juga join MLM. Saya pernah kena hina, bagi flyers pun kena hina. Bukan tu je, bergaduh rebut tapak berniaga, kadang sebelum subuh dah gerak ke pasar tani Shah Alam sebab tempat hot untuk dapat tapak..Saya juga bawak anak sulung berniaga sekali..sebab tak ada orang nak jaga, susah sangat masa tu..walaupun suami kerja tapi kami tahu tak cukup dan tak selesa dengan apa yang ada, saya memang nekad nak ubah hidup!”

Pada 2015 adalah tahun yang buatkan dia turning point untuk mencipta produk Qalish. Dia yang mengandung anak kedua masa tu dapat offer untuk berniaga di Uptown Danau Kota, Setapak iaitu berniaga kerongsang. Cabaran masa tu sangat-sangat menguji dia. Suami dia yang bekerja pun terpaksa berniaga juga sampai pukul 3 pagi. Esoknya jam 8 dia dah kena masuk office pulak. Aduhai. Penatnya kan.

Disebabkan asyik berniaga, dia terlupa dengan kesihatan diri sendiri. Nak tau tak korang? Dia hampir keguguran, bleeding terlalu teruk sebab terlalu bekerja kuat. Allahu. Kuat sungguh dugaan dia.

Selepas kewujudan produk Qalish, Alhamdulilah bisnesnya berjalan lancar, produk mendapat sambutan di media sosial dan dia memang suka join expo. Sales tahun 2017 dapat RM700,000 tapi………dia STUCK!

“Ego kot tak nak belajar, konon ade degree dah pandai berniaga, konon adA pengalaman saya tambah pengalaman mak ayah kita pandai berniaga? Saya berdoa dengan Allah..mcm mana saya nak buat ni..saya rasa company tak boleh pergi jauh!”


Dan dari sini lah magic berlaku! Bertemu dengan RichWorks ketika di program IMKK, dia terus bersemangat dan nampak hala tuju hidup dia. Masa ni jugak dia terus apply program MMM Dec 2017. Dari sales tak sampai RM50,000 terus naik ke RM90,000. Tak sampai sebulan lepas kelas, dia terus apply untuk join Titanium Circle, program Mentoring.

Jadi bermula lah journey sebagai Titanium. Sangat berbaloi kerana bisnes Qalish semakin jelas kerana foundernya JELAS dengan hala tuju syarikat.

“Syukur berada dalam circle Titan. Sales sepanjang bersama Titan setahun lebih total jualan syarikat Qalish RM2.3 juta berbanding RM1.05 juta pada 2018.. Banyak impian tercapai dan saya happy sangat sebab berjaya ubah hidup saya dan ubah hidup family saya. Adik beradik yang berniaga bersama Qalish juga stokis ejen.”

Apa yang dia dapat ubah hidup dia adalah dapat melancong ke Perth dan Australia, dapat beli rumah kondominium, dapat beli kereta idaman Vellfire dan Mercedes, team dan foundation company semakin baik dan sedang growth serta cashflow dan kewangan syarikat semakin tersusun dan lebih strategi sejak bersama dengan Titanium dan RichWorks.

“Bukan tu je, saya juga berjaya membantu ejen dan stokis saya yang dapat beli rumah kondominium yang berharga RM400 ribu, dapat beli kereta dan ramai lagi yang Qalish berjaya bantu ubah hidup mereka..sekaligus juga merubah hidup saya berkat tunjuk ajar Dr Azizan Osman, Tuan J dan juga RichWorks. Alhamdulilah!”

Amacam? Awesome ke awesome? Korang bayangkan asalnya dia hanya duduk di rumah flat je, tapi bila dia komited nak ubah hidup dan berusaha kini dia dah capai banyak impian dia. Bukan tu je, dia jugak boleh tolong orang lain hanya dengan menjual produk dia. Alhamdulilah dengan izinNya!

Jadi korang…jangan buang masa lagi, ni lah saatnya untuk korang betul-betul ubah hidup dan perbaiki hidup korang.

#ResultMatters
#ResultIAmATitan

Leave a Reply