Bengang Dengan Kesusahan Dulu, Hirman Cipta Minuman Koko Sampai Mampu Capai Sales RM5 Juta..

Kisah perjalanan orang tak sama. Setiap orang diuji dan diduga dengan pelbagai rintangan dan masalah. Muhamad Hirman Mukhtar dan Shazeera Shaiful Rizal adalah rakan kongsi yang menjalankan bisnes Sawanah Koko yang berlokasi di Batu Caves, Selangor.

Dulunya Hirman ni pernah berniaga. Bermula pada 2010, dia buat business printing, stationary, photostat, supply goverment, baju muslimah, bundle pun dia pernah buat. Korang bayangkanlah lepas tukar-tukar bisnes tak jugak bertahan lama.

Memang tak ada MenThor yang ajar dia macam mana cara nak buat business. Lepas jatuh, dia bangun semula dan ianya berterusan sehinggalah dia bertemu dengan RichWorks pada 2019 yang membantu bisnesnya untuk naik semula.

Kalau korang nak tahu, Inilah tahap kebengangan yang dia terpaksa hadapi selepas satu bisnes ke satu bisnes tapi sales tak ke mana juga. Arwah ayahnya pernah berpesan untuk berniaga jika nak duit banyak, nak pergi umrah, nak berjalan seluruh negara kena buat bisnes sebab kawan-kawan ayah saya banyak tauke perniagaan yang berjaya, rumah besar, kaya, dan boleh bantu ramai orang.

Bukan tu saja, dia juga bengang dengan kesusahan yang dia pernah hadapi dulu.

“Apa yang menjadi kebengangan saya adalah saya tak dapat nak bantu keluarga saya, saya tak boleh nak bantu saudara mara saya yang susah, kerana gaji pun dapat cukup-cukup makan. Ibu saya juga pernah keluarkan motor untuk saya bekerja, saya rasa sangat malu ketika tu, sebab saya yang dah bekerja dibantu oleh ibu, sepatutnya saya yang bantu keluarga saya.”

“Bisnes tapi tak ada duit, kerana tak ada orang nak guide, tak ada yang nak marah kita, tak ada yang nak tegur, buat rasa boleh buat kita buat je. Macam Doc cakap, bangun pagi rasa apa nak buat kita buat.”

Jelasnya lagi, dia amat berterima kasih kepada Co Foundernya, Shazeera yang banyak bantu daripada permulaan bisnes kokonya itu. Walaupun baru berusia 25 tahun, Hirman boleh nampak kesungguhan dan juga kepandaiannya dalam menjalankan dan menguruskan bisnesnya.

“Dia mulanya sebagai staf, tapi saya nampak dia ada talent yang boleh bantu saya, dan dialah yang banyak bantu dan sertai pelbagai kursus sehingga kita boleh berjaya bina bisnes ni dengan lebih tersusun. Daripada dulu memang berterabur. Staf tak terbina, sistem terabur dan tak tersusun,” tambahnya lagi.

Mengimbas kembali bagaimana bisnesnya bermula, idea tercetus apabila dia ke kedai dan ternampak seorang makcik mencari minuman jenama Milo, kebetulan stok pula habis, Makcik tu pun merungut. Jadi dia terlintas masa tu, kenapa dia tak ciptakan satu produk yang boleh mengisi keperluan orang Islam di semua kedai-kedai?

Alang-alang dah kenal dengan salah satu kilang yang mengeluarkan koko, dia pun terus keluarkan produk koko berkualiti selepas 10 jenis koko dia cuba. Dan akhirnya Sawanah Koko mula menempa nama di kalangan penggunanya.

Salesnya yang dulu RM3 Juta kini dah naik sebanyak RM5 juta lebih hasil daripada ilmu dan komitmen yang mereka berikan kepada RichWorks. Bukan tu je, mereka juga mempunyai ejen seramai 295 orang dan pengedar seramai 573 orang. Untuk tahun 2020 mereka menyasarkan sales RM15 juta. Wow! Amazing kan?

Korang tak nak ke bina bisnes berjaya macam ni? Kami faham kesusahan yang korang alami. Tak semua bisnes yang kita mulakan akan berakhir dengan baik. 10 kali bisnes pun kalau tak ada ilmu dan MenThor memang akan hancur.

Jangan risau, kami cuba bantu anda. Tapi yang paling penting, anda perlu bantu diri anda dulu. 

#ResultMatters
#ResultIAmATitan

Leave a Reply