BELL POPCORN : Mulanya Skeptikal Dengan RichWorks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman

BELL POPCORN : Mulanya Skeptikal Dengan RichWorks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman

Sebelum itu, beliau dahulunya pernah berniaga. Tapi bisnes pertamanya cuma mampu bertahan selama 5 hingga 6 bulan sahaja. Selepas itu, Puan Firzah Puasa terus berhenti dan tumpukan pada pekerjaan beliau.

Bagaimanapun, selepas beliau memberikan peluang kepada diri dengan bimbingan dan ilmu yang betul daripada RichWorks makin banyak peningkatan dan perubahan yang dikecapi.

“Seumur hidup saya tidak pernah masak popcorn. Tapi saya tekad untuk berniaga dan pilih popcorn sebagai produk utama. Semua ini takkan berlaku dan takkan tercapai tanpa ilmu dan bimbingan yang betul”

Itu kata-kata yang keluar dari mulut Puan Firzah Puasa. Beliau mahukan kehidupan yang selesa, ada saving dalam akaun dan aset sendiri yang penting beliau mahu bantu lebih ramai orang di luar sana.

Pencapaian Bell Popcorn dan Puan Firzah

“Alhamdulillah, sales Bell Popcorn pada 1 Januari – 30 Disember 2020 saja berjaya mencapai RM1,003,729 juta. Ini merupakan RM1 juta pertama yang dicapai Bell Popcorn pada tahun mencabar 2020.”

Selepas mendapatkan bimbingan dari program mentoring SPIRE, jualan Puan Firzah Puasa melonjak naik kepada RM169 ribu. Beliau mencapai satu juta pertama pada December 2020.

Sehingga Februari 2021 beliau berjaya mendapatkan jualan sebanyak RM200,000.

 

Leave a Reply