Puan Suriati – Hidup Bukan Sekadar Hidup Tetapi Hidup Untuk Beri Manfaat Pada Orang Lain

Begitulah yang dipegang oleh pemilik SuRich Beauty Enterprise yang merupakan Master Stokist produk kecantikan dan kesihatan Wonder Fruity, Puan Suriati Mohamed.

Beliau yang kini berada dalam circle program mentoring Spire terkesan dengan kata-kata ini yang selalu ditekankan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman. Kita hidup bukan hanya sekadar hidup sebaliknya kena ada matlamat dan bantu orang lain.

Sebelum dibimbing, beliau hanya fokus sebagai shopee seller, tidak ada ilmu dan tak tahu bagaimana nak memimpin team selepas naik pangkat sebagai master stokis. Mulanya beliau hanya ada 4 ejen sahaja namun selepas dibimbing bersama RichWorks kini sudah ada sekitar 66 ejen malah ada ejennya sudah capai 5 angka sebulan.

Bagaimana Puan Suriati bermula?

Beliau dulunya bekerja di sebuah bank swasta, namun disebabkan keadaan semasa dengan hutang yang banyak memerlukan beliau mencari pendapatan sampingan melalui bisnes. Akhirnya beliau bertemu dengan rakannya dalam bisnes yang dilakukan sekarang dan dibawa kenal dengan RichWorks yang menjadi tempat pendidikan bagi usahawan untuk berjaya.

Alhamdulillah beliau sudah ak capai 1 juta tak lama lagi pada tahun ini.

Sebelum ini Puan Suriati memberitahu, beliau seram apabila dengan orang menyebut bisnes sampai juta-juta. Tak pernah terfikir nak bisnes capai 1 juta apatah lagi nak sampai RM50,000 pun tak mampu ketika itu.

Terlalu banyak ilmu dan bimbingan beliau dapat dalam Spire ini. Datuk Wira Dr Azizan Osman banyak berikan strategi, panduan dan kata-kata semangat bagi kita untuk berusaha, macam mana nak bantu team dan capai apa yang diimpikan.

“Terlalu banyak, sebenarnya semua program dalam RichWorks sangat membantu saya kerana saya zero, tak tahu apa-apa hanya tahu buat sales macam itu saja,” katanya ketika ditemu bual dalam sesi Result Matters baru-baru ini.

Malahan bila berada dalam circles Spire membuatkan beliau mendapat sokongan daripada rakan-rakan dalam ini. Mereka berkongsikan wins sama ada dari segi bisnes mahupun pencapaian masing-masing yang membuatkan diri ini ‘terbakar’ untuk capai perkara yang sama.

Nasihat Puan Suriati kepada usahawan di luar sana :

1. Ilmu dalam bisnes sangat penting

Jika tidak ada ilmu, susah untuk pekerja jauh dan kemungkinan untuk terus berada pada tahap yang sama. Apatah lagi, jika kita mendapatkan bimibingan daripada MenThor yang dapat elakkan kita melakukan kesilapan-kesilapan dan cepat lagi berkembang.

2 .Bisnes boleh pergi jauh lebih daripada anda bayangkan

Mengikut Puan Suriati, siapa sangka beliau tak lama lagi sudah boleh capai jualan hingga RM1 juta pertamanya. Dulu sebelum belajar, beliau langsung tak pernah terfikir boleh buat bisnes hingga jutaan ringgit ini.

Hal ini menunjukkan, sebenarnya diri kita sendiri yang menghalang untuk kita mencapai lebih lagi. Cuma kita tak tahu dan percaya bahawa ia boleh dicapai. Dapatkan bimbingan daripada MenThor yang ada proven success.

3. Beri peluang kepada diri dengan cari ilmu

Jangan skeptikal dan beri peluang kepada diri anda ketika keadaan mencabar ini. Jika sebelum ini apa tindakan dibuat kurang berjaya, apakah salahnya beri peluang kepada diri untuk melakukan tindakan yang lain dan baru.

Belajarlah daripada yang sudah berjaya. Sebagai contoh RichWorks bersama Datuk Wira telah melatih lebih 1.1 juta usahawan sejak 2008 hingga melahirkan ramai usahawan jutawan. Ada yang bermula dari kosong dan berjaya bangkit hingga mencapai bukan hanya jualan 4 angka malah sehingga 7 angka.

Namun tidak terhenti di situ saja, hasil daripada bisnes itu tidak hanya bagi diri seseorang usahawan itu sendiri sebaliknya dikongsikan bersama team dan menyumbang kembali kepada golongan memerlukan.

Jadi, siapa di sini mahu menjadi seperti Puan Suriati ini? Jika anda berdepan masalah atau cabaran ketika ini, jangan mengalah. InsyaAllah akan ada jalannya nanti. Dapatkan pandangan atau nasihat daripada orang yang betul dan percayalah ujian diterima ketika ini pasti anda dapat tangani, insyaAllah.



Leave a Reply