Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan yang baik boleh membantu memastikan perniagaan anda lancar. Bayangkan wang keluar dan masuk dalam syarikat anda sebagai air yang mengalir dan perniagaan anda adalah satu bekas takungan. Jika air dibiarkan masuk tanpa kawalan dan pemerhatian, ianya pasti melimpah atau membuatkan bekas mungkin pecah sekali gus anda tidak pasti ke mana air itu hilang. Begitu juga jika air itu terhenti mengalir tanpa anda sedari. Bagaimana pula jika air di dalam bekas susut sendiri di saat anda memerlukannya?

Perumpamaan ini legit bagi wang keluar masuk syarikat. Anda perlu ada rekod keluar masuk wang, untung rugi serta kira-kira yang betul agar anda tidak terlebih belanja sekaligus merisikokan perniagaan sendiri. Pastikan anda merekod simpan kira yang betul dan mempunyai pengetahuan asas kewangan perniagaan.

Kami senaraikan perkara asas yang perlu anda tahu dan sediakan untuk pengurusan kewangan anda.

Mulakan dengan Kunci Kira-Kira

Kunci Kira-Kira adalah adalah asas untuk menguruskan kewangan anda. Ia adalah rekod penyata yang menunjukkan keluar masuk kewangan sesebuah perniagaan. Kunci Kira-Kira membantu anda merekod modal anda dan menyediakan unjuran aliran tunai untuk tahun-tahun akan datang. Bagi merekod dengan jelas, ia perlu ada nama perniagaan, tajuk Kunci Kira-kira, butiran dan nilai aset, butiran dan nilai liabiliti, serta butiran dan nilai ekuiti pemilik.

Dalam perakaunan kewangan, Kunci Kira-Kira adalah ringkasan baki kewangan seseorang individu atau organisasi setelah menolak perbelanjaan, sama ada dia merupakan pemilik tunggal, rakan kongsi perniagaan, perbadanan, syarikat persendirian atau organisasi lain seperti kerajaan atau entiti bukan untuk keuntungan.

Penyata Untung Rugi/ Penyata Pendapatan

Penyata ini akan menerangan perjalanan keseluruhan operasi perniagaan. Ia terdiri daripada:

  • Pendapatan atau hasil yang dijana dari jualan produk/service dalam bentuk tunai atau secara berhutang atau lebih mudah jika kita katakan ianya rekod duit hasil jualan.
  • Kos produk/service untuk dijual iaitu berkait secara langsung dengan jualan. Jika ada jualan mesti ada kos untuk mendapatkan stok barang tersebut.
  • Kos operasi adalah kos yang dibelanjakan untuk mengurus perjalanan operasi perniagaan seperti kos pentadbiran perniagaan, gaji, bil api air, sewa pejabat dan lain-lain. Kos ini tetap akan ada tidak kira ada jualan atau tidak.

Pastikan anda mempunyai pengurusan gaji

Ini adalah saranan umum untuk peniaga. Kebanyakan peniaga tidak menguruskan dengan bijak urusan gaji malah tiada rekod sama sekali. Contohnya anda mendapat keuntungan dari perniagaan runcit kecil-kecilan anda. Anda hanya mengambil gaji dari untung tersebut untuk diri anda tanpa rekod dan juga memberikan gaji pada pekerja anda juga dari situ tanpa rekod. Oleh itu anda tidak mempunyai sebarang slip gaji yang sah. Perkara ini akan menyusahkan syarikat dalam urusan cukai. Bukan itu sahaja, ia akan menyusahkan anda jika suatu masa nanti anda ingin membeli aset menggunakan pinjaman peribadi atau melalui syarikat.

Dapatkan bantuan perakaunan

Jika sukar untuk menguruskannya, anda mungkin perlu mendapatkan bantuan untuk tujuan tersebut. Pertimbangkan pengambilan seorang akauntan awam yang bertauliah (CPA), penyimpan kira, atau gunakan perkhidmatan online.

CPA lazimnya adalah lebih mahal berbanding perkhidmatan online, tetapi seorang CPA biasanya dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih khusus untuk keperluan perniagaan anda. Seorang penyimpan kira-kira pula dapat menyediakan fungsi asas perakaunan harian dengan kos yang lebih rendah, tetapi seorang penyimpan kira-kira tidak akan memiliki pendidikan perakaunan formal seorang CPA.



Leave a Reply