- 20/12/2020
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Perkembangan Bisnes
Mungkin sebelum ini selalu, kita membincangkan soal keburukan yang dibawa pandemik ketika ini kepada orang ramai. Bagaimanapun, dalam sesuatu musibah atau kejadian yang melanda mesti ada hikmah disebaliknya seperti dalam soal pendidikan.
Ya, dikatakan lebih 800,000 orang hilang pekerjaan dalam tempoh pandemik, banyak bisnes terjejas hingga ada terpaksa ditutup dan lain-lain lagi. Tapi apa yang kita boleh lihat daripada sudut positif ekoran pandemik ini.
Salah satu perkaranya ialah soal pendidikan online yang dulunya tidak begitu penting dan kurang penggunaannya. Berikutan pandemik, institusi pendidikan termasuk RichWorks sendiri menumpukan dalam pembelajaran dan bimbingan secara online.
Sebagai contoh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah membangunkan Sistem MyGuru memberi kemudahan kepada pelajar walau di mana sahaja berada selagi wujud kebolehcapaian internet seperti memuat turun rakaman video pensyarah.
UPSI juga merupakan antara universiti memperoleh akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk pelaksanaan Open and Distance Learning (ODL), sekali gus menunjukkan infrastruktur UPSI untuk ‘online learning’ sudah mantap.
Kebanyakan institusi pendidikan daripada universiti hingga sekolah dan prasekolah pun telah menyesuaikan diri dengan pendidikan online bagi memastikan anak didik mereka dapat meneruskan pembelajaran mereka.
Pelbagai kemudahan percuma dan berbayar sudah tersedia untuk digunakan seperti Massive Open Online Learning (MOOC), Open Educational Resources (OER), Flipped Classroom, Zoom, Google Class Room dan bermacam lagi.
Seperti di RichWorks, program-program dijalankan secara virtual bagi membimbing usahawan dalam tempoh mencabar ini. Lebih 400,000 usahawan telah mengikuti sesi program virtual dijalankan sehingga hari ini.
Cabarannya pasti ada namun perubahan dan penyesuaian perlu dilakukan berikutan perhimpunan orang ramai tidak dibenarkan oleh Kerajaan berikutan bagi memutuskan rantaian penyebaran pandemik Covid-19.
Penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memberikan pengalaman dan penyampaian yang terbaik kepada peserta.
Justeru itu, peserta-peserta juga perlulah membuat persediaan mereka sendiri bagi memastikan mendapat pengalaman yang terbaik sepanjang mengikuti sesi virtual berkenaan.
3 tips penting persediaan ikuti pendidikan atau program online :
- Kemudahan internet dan peralatan bersesuaian
Ini perkara pertama yang perlu diberikan perhatian oleh para peserta. Anda kena pastikan adanya talian internet yang stabil dan laju untuk memastikan tiada gangguan ketika mengikuti program berkenaan.
Selain itu, peralatan teknologi yang digunakan perlulah bersesuaian. Contohnya penggunaan komputer atau komputer riba dan tablet diperlukan bagi mendapatkan visual yang lebih jelas.
Anda juga boleh menyambungkan kepada televisyen agar boleh dilihat secara berkumpulan.
- Berikan tumpuan
Cabaran besar ketika pembelajaran online ini adalah gangguan lain. Jika di rumah, kemungkinan diganggu anak-anak, televisyen yang dipasang, ada kerja di rumah perlu dibuat dan sebagainya.
Sehubungan itu anda perlulah menyediakan persekitaran yang sesuai untuk belajar. Lebih baik jika ada bilik khas yang digunakan untuk mengikuti program berkenaan agar dapat memberikan fokus 100 peratus.
Anda juga boleh gunakan fon telinga agar lebih jelas mendengar suara sesi virtual itu.
- Penglibatan aktif dalam sesi virtual
Jika anda pasif, tak mengikuti arahan yang diberikan kemungkinan besar anda tak dapat sepenuhnya perkara yang nak disampaikan.
Justeru itu, pertama sekali anda kena tulis perkara-perkara penting yang disampaikan dalam program itu. Seterusnya, lakukan aktiviti atau arahan yang diminta.
Penglibatan aktif ini dapat memastikan anda tidak ketinggalan daripada penyampaian MenThor atau guru dan mendapatkan lebih kefahaman dalam perkara berkenaan.
Keberkesanan pendidikan online
Moga dengan tips di atas, anda boleh mendapatkan lebih tumpuan dan ilmu disampaikan dalam sesi pendidikan virtual yang diikuti. Keberkesanan pendidikan online ini bergantung kepada dua pihak, yang menyampikan ilmu dan peserta yang menerimanya.
Kedua pihak perlulah memainkan peranan sebaiknya dengan menyediakan kemudahan dan cara penyampaian terbaik agar ilmu disampaikan dan diterima dapat diperolehi.
Ilmu ini sangat penting kepada semua termasuk usahawan untuk bina bisnes yang berjaya. Meskipun tidak dapat keluar rumah sebelum ini dan penganjuran seminar dan bengkel dalam jumlah besar tidak dibenarkan, ia bukannya menjadi alasan untuk kita tidak berterusan menambahkan ilmu.
“Kejayaan tidak berlaku secara tak sengaja.”
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Usahawan perlulah ada komitmen untuk terus meningkatkan ilmu agar bisnes dapat berkembang hingga ke tahap lebih tinggi. Jadilah usahawan berilmu agar anda lebih mudah dan pantas untuk mencapai apa yang diimpikan nanti.