- 08/05/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories:
Satu kewajipan yang perlu dilakukan dalam perniagaan adalah membuka akaun perniagaan. Jangan sesekali menggunakan akaun peribadi untuk tujuan tersebut. Anda pasti tidak mahu akaun anda bercampur aduk antara hasil syarikat dan wang peribadi. Akaun perniagaan di Malaysia adalah akaun semasa. Jadi, apakah yang membezakan akaun peribadi dengan akaun semasa?
Akaun semasa atau sering disebut sebagai current account adalah akaun deposit yang ditawarkan untuk semua institusi perbankan di Malaysia yang boleh digunakan untuk tujuan peribadi atau perniagaan. Selain itu, penggunaan akaun semasa secara tidak langsung memudahkan anda menguruskan aliran wang masuk ke akaun anda.
Sebagai pemegang akaun semasa, anda berpeluang membuat bayaran melalui cek. Hal ini bakal memudahkan anda membuat transaksi yang besar tanpa perlu mengeluarkan jumlah wang yang banyak secara serentak. Dalam pada itu, anda harus mengetahui perkara-perkara berkenaan penggunaan cek sebelum membuat sebarang pembayaran.
Namun anda harus tahu bahawa setiap institusi perbankan yang menawarkan akaun semasa dengan faedah berbeza. Oleh yang demikian, adalah lebih baik sekiranya anda membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membuka akaun semasa anda. Berikut kami kongsikan syarat-syarat membuka akaun semasa buat para peniaga.
Syarat Buka Akaun Semasa
Sekiranya anda ingin membuka akaun semasa, syarat utama yang perlu anda lakukan adalah mendaftarkan perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ini kerana mereka perlu merujuk pada pendaftaran syarikat anda dahulu.
Untuk pengetahuan, terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh pihak bank sebelum anda membukan akaun semasa di bank-bank tersebut antaranya:
- Salinan SSM
- Minumun deposit RM1000-2000 (bergantung kepada bank)
- Mempunyai Introducer
- Mempunyai cop Perniagaan yang disertakan dengan nama perniagaan dan no SSM
Namun bergitu, untuk beberapa kes, ada juga pihak bank yang membenarkan anda membuka akaun syarikat tanpa memerlukan introducer.
(Untuk pengetahuan, introducer merupakan seseorang yang sudah mempunyai akaun semasa serta tidak mempunyai masalah kewangan dan boleh dipercayai untuk mengesahkan perniagaan anda. Beliau juga diminta untuk membawa cop perniagaan bersama.)
Cara terbaik adalah anda merujuk pada bank yang anda pilih. Mereka mempunyai kadar faedah berbeza dan tawaran yang berlainan. Buatlah keputusan mengikut kesesuaian perniagaan anda.