Membayar Cukai

Tidak kira berapa pun jualan anda, jika anda mempunyai pendapatan dari syarikat berdaftar, anda perlu membayar cukai. Salah satu kesilapan peniaga adalah mengambil remeh dan menangguhkan urusan cukai. Bila cukai tertangguh dengan tidak simpan resit dan tidak membuat kira-kira penyata keuntungan, LHDN pasti akan mencari anda. Jika tunggakan cecah beratus ribu, ianya akan memberi masalah pada anda. Bagi usahawan yang baru mula bisnes, berikut adalah antara beberapa cara mudah urus dokumen cukai:

  1. Lantik individu atau pengurus khas untuk uruskan resit perbelanjaan atau transaksi keluar masuk bisnes. Setiap kali beli barang atau berbelanja pastikan minta resit, kemudian resit itu serahkan kepada pihak pengurus untuk disimpan.
  2. Simpan resit dan fail di tempat yang tersusun. Resit perbelanjaan apa apa keperluan berkaitan bisnes walau sekecil urusan perlu disimpan. Contohnya:
  3. Bil api, air, internet, sewaan pejabat.
  4. Penyata gaji staf sama ada komisyen, gaji tetap, gaji lebih masa.
  5. Resit aktiviti pengiklanan
  6. Resit beli produk dari kilang
  7. Invois jualan yang kita keluarkan kepada pelanggan yang beli produk kita.
  8. Resit touch n go, minyak kereta untuk tujuan urusan bisnes.
  9. Slip gaji kita sendiri sebagai pengusaha bisnes.
  10. Hantar ke akauntan bertauliah diluar, beserta bank statement kita. Mereka akan uruskan dari segi pendaftaran borang online di LHDN, submit borang, dan berapa jumlah cukai yang perlu dibayar dari keuntungan kita (tahunan).

Memang urusan cukai ini agak rumit dan ada pengiraannya namun pihak LHDN sentiasa akan membantu anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Bagi pemilik syarikat, sebenarnya ada berita baik berupa pelepasan cukai bagi beberapa situasi, iaitu:

  1. Majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada individu Orang Kurang Upaya (OKU)

Bermula pada tahun 2016, bagi majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 50,000 Orang Kurang Upaya (OKU) akal, akan diberikan pelepasan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak dua kali ganda. Bukan setakat itu sahaja, majikan akan turut diberikan pelepasan cukai 1/10 daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan menyediakan kemudahan seperti tandas dan bangunan mesra OKU setiap 10 tahun.

  • Insentif cukai akan diberikan kepada syarikat korporat yang mengambil bekas banduan sebagai kakitangan.

Kerajaan juga turut memberikan insentif cukai kepada syarikat-syarikat yang mengambil bekas banduan dan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas akan diberikan pelepasan cukai. Tawaran itu adalah untuk kakitangan yang gaji bulanannya tidak melebihi RM4,000.

  • Majikan atau syarikat boleh mendapatkan pelepasan cukai dengan membantu bayar hutang PTPTN kakitangan mereka.

Untuk pengetahuan anda, semua majikan (merujuk kepada pembayar cukai yang mempunyai perniagaan berdaftar termasuklah perniagaan tunggal) yang menjalankan perniagaan dan membayar cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 layak untuk menikmati insentif pelepasan cukai ini.

Syarat-syaratnya seperti di bawah:

1. Majikan perlu membuat bayaran hutang PTPTN bagi pihak kakitangan.

2. Taraf pekerjaan adalah Sepenuh Masa.

3. Kakitangan tidak boleh dikenakan apa-apa bayaran sebagai balasan kepada pembayaran hutang PTPTN yang telah dijelaskan oleh pihak majikan.

Sebenarnya, cukai ini bukan beban jika kita pandai menguruskannya dan tidak lari dari menjalankan tanggungjawab kita. Malah kita mendapat banyak pelepasan jika kita menyimpan resit perbelanjaan dan tahu menguruskannya. Semuanya terpulang pada anda sebagai peniaga untuk membuat keputusan.



Leave a Reply