Kisah Tragis Di Sebalik Kejayaan Victoria’s Secret

Jenama terkenal pakaian dalam wanita, Victoria’s Secret mempunyai kisah tragis yang melibatkan pengasasnya.

Tapi sebelum kami nak berkongsikan kisah ini, mari kita lihat bagaimana idea dan jenama terkemuka ini membangun malah berkembang sampai hari ini.

Victoria’s Secret ditubuhkan oleh Roy Raymond dari Amerika Syarikat pada 1977. Tercetusnya idea untuk mengeluarkan produk pakaian dalam wanita sendiri bila beliau mengalami pengalaman tidak baik ketika pergi membeli pakaian dalam untuk isterinya di gedung serbaneka.

Raymond kemudian mewujudkan sebuah tempat di mana orang lelaki akan berasa selesa untuk membeli pakaian dalam wanita ini. Beliau mewujudkan kedai pakaian dalam wanita yang menyasarkan orang lelaki.

Kemudian jenama Victoria’s Secret diinspirasikan dari era Victorian England yang mana mahu memasukkan elemen itu ke dalam pakaian dalam wanita di kedainya.

Pada 1982, bisnes Raymond berjaya memperolehi jualan tahunan melebihi US$4 juta namun dikatakan mereka hampir bankrap ketika itu. Kemudian Victoria’s Secret bersama 6 kedai dan katalog telah pun dijual dengan hanya US$1 juta.

Victoria’s Secret Kembali Bangkit

Bagaimanapun dua tahun kemudian, nilai Victoria’s Secret telah meningkatkan hingga US$500 juta. Pada awal 1990an, jenama itu berjaya menghasilkan hasil tahunan US$1 bilion dan menjadi empayar pakaian dalam Amerika.

Pemilik baru, Les Wexner yang mengasaskan L Brands (dulu dikenali Limited Brands) telah membawa Victoria’s Secret kembali bangkit dan ke tahap lebih tinggi. Wexner menukar visi Raymond dengan menjadikan kedainya fokus kepada wanita berbanding lelaki.

Beliau mewujudkan pakaian dalam yang kelihatan mewah dan mahal namun ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Strategi dibuat mendatangkan hasil yang baik di mana pada awal 1990an, Victoria’s Secret menjadi kedai pakaian dalam terbesar di Amerika Syarikat dengan 350 kedai dan jualan sekitar US$1 bilion.

Namun apakah terjadi pada Raymond? Beliau telah memulakan kedai pakaian kanak-kanak namun ia bankrap pada 1986. Selepas itu, tak berapa lama kemudian Raymond telah bercerai dengan isterinya. Tragisnya, Raymond membunuh diri dengan terjun daripada Golden Gate Bridge di San Fancisco pada 1993.

Apa kita dapat pelajar daripada kisah ini? Jangan mudah mengalah dengan idea atau bisnes yang bagus meskipun ketika waktu mencabar terutama jika anda sudah pernah merasai kejayaan dengannya.

Adaptasi dengan keadaan semasa merupakan kunci agar apapun bisnes dapat bertahan. Contohnya, pentingnya penggunaan digitalisasi ketika pandemik ini.



Leave a Reply