Keupayaan Untuk Sentiasa Fokus

FOKUS! FOKUS! FOKUS!

Apa pentingnya fokus untuk anda yang berniaga? Berniaga pun kena fokus, tapi fokus yang macam mana ye?

Mungkin anda tak tahu, tapi ramai peniaga yang mulakan bisnes, dah sampai setengah jalan mereka tukar bisnes lain kerana terjumpa peluang bisnes yang lain. Yang lebih terbuka luas. Bila ada peluang bisnes yang lain, mereka akan tukar lagi dan begitulah seterusnya.

Itu juga merupakan satu punca kenapa bisnes anda susah nak berkembang maju dan meningkat naik. Pelanggan anda juga sentiasa bertukar-tukar dan anda susah nak ada pelanggan tetap yang setia menggunakan produk anda.

Jangan risau, kami akan kongsikan dengan anda 5 keupayaan untuk sentiasa fokus dalam bisnes, terutama bagi anda yang baru nak berbisnes.

5 keupayaan untuk sentiasa fokus

  1. Tanya hati anda

Anda kena tanya hati, apa sebenarnya yang anda mahu dalam bisnes? Apa sebenarnya yang anda mahu tawarkan pada pelanggan anda? Sebelum itu, listkan apa yang anda mahu buat, dan cari apa yang sepadan dengan anda. Baru anda boleh buat keputusan yang betul dan tepat.

Ingat! Bila anda dah buat keputusan untuk berbisnes, anda harus bagi komitmen 100 peratus, bukan main-main, saja-saja nak try atau untuk mengisi masa lapang

  1. Mesti fokus

Bila anda dah rancang untuk berniaga sesuatu produk, anda mesti buat sampai berjaya. Anda kena berani ambil risiko untuk mencapai kejayaan yang diingini. Yang paling penting, anda kena fokus buat bisnes tersebut. Bila anda berniat nak berniaga pakaian, anda kena fikirkan macam mana nak perkenalkan jenama anda pada bakal pengguna.

Apa teknik pemasaran terbaik yang harus anda guna? Anda kena pastikan perniagaan ini boleh bagi anda nilai pada masyarakat dan boleh berikan masa depan yang cerah.

  1. Jauhi gangguan

Halangan anda untuk berjaya ialah gangguan (distraction). Gangguan ni ada banyak jenis seperti orang disekeliling anda, pelanggan, dan yang paling bahaya ialah telefon anda, betul?

Banyak gangguan datang dari telefon, kerana semua aplikasi ada dalam telefon anda. Contohnya, Whats App, game, emel, dan social media.

Anda mungkin buka Facebook untuk respond PM pelanggan, tapi percayalah…anda bukan sahaja balas PM pelanggan, tapi siap berborak dengan rakan-rakan yang agak lama anda tak jumpa, betul?

  1. Ruang kerja yang selesa

Bina persekitaran yang selesa untuk anda bekerja. Bukan ruang kerja yang semak dengan fail, kertas dan sampah sarap tak berkaitan dengan kerja anda. Bayangkan perasaan anda bila ruang kerja anda kemas, tersusun dan dihiasi pula dengan sepohon bunga dalam pasu.

Alangkah selesanya, betul? Atau anda lebih suka persekitaran yang tidak teratur dan seperti tongkang pecah, sampai nak cari fail pun susah? Anda tahu, bila persekitan anda bersih dan kemas, secara automatik anda akan lebih selesa untuk bekerja dan tumpuan anda akan lebih fokus.

  1. Tumpukan pada teknik pemasaran

Bila dah ada perniagaan, ramai peniaga lupa untuk bagi tumpuan pada teknik pemasaran. Mereka ingat ada bisnes, produk dan untung yang sikit-sikit sudah cukup bagi mereka. Anda harus ingat, bila anda ada bisnes, penting untuk anda memasarkan produk anda secara gila-gila, biar semua orang tahu dan guna produk anda. Bila anda fokus, ia akan memastikan anda sentiasa berada di landasan yang betul menuju ke arah kejayaan.

Macam mana? Dengan perkongsian kami ini, anda rasa anda dah boleh fokus pada bisnes dan teknik pemasaran produk anda? Kami berharap perkongsian ini boleh membantu anda untuk kekalkan tumpuan dan kurangkan gangguan dalam bisnes.

Jika anda rasa anda boleh lakukan perubahan ini sekarang, buat terus. Jangan tunggu mood rajin anda datang.



Leave a Reply