Kelebihan Bersikap Positif

Kenapa perlu bersikap positif? Hidup ini macam roda, hari ini mungkin anda berada di atas dan esok mungkin anda berada di bawah. Siapa tahukan? Biasalah, ‘up and down’ inilah yang menyerikan lagi kehidupan kita.

Nak berfikiran positif pada masa anda tidak ditimpa sebarang masalah semestinya mudah sahaja. Tapi nak bersikap positif pada masa anda ditimpa masalah bukanlah senang. Siapa setuju?

Ketika anda ditimpa masalah dan orang di sekeliling anda sering sekali mengingatkan untuk berfikiran positif, mesti hati anda berkata “it’s easier said than done”, betul? Tapi tahukah anda apa kelebihan berfikiran positif?

Kita hidup ni cuma sekali jadi kenapa nak sia-siakan dengan memilih untuk berfikiran negatif?

Ada 1001 sebab kenapa anda perlu berfikiran positif. Jadikan satu sebab setiap hari mengapa anda perlu jadi seorang yang positif. Cuba amalkan ini hari demi hari dan lihatlah perubahannya. ‘Small steps everday!

5 manfaat bersikap positif buat usahawan :

1/ Mengatasi tekanan (stress)

Berfikiran positif akan membantu anda untuk mengatasi tekanan (stress) dan mengabaikan pemikiran negatif dengan menggantikan fikiran pesimis kepada optimis.

Selain itu, anda boleh kawal hidup anda dengan baik. Bukan itu sahaja, bila anda stress, banyak penyakit yang suka melekat nanti seperti sakit jantung, kemurungan dan silap hari bulan boleh gila sebab terlalu stress.

Sekiranya anda boleh atasi tekanan, hidup anda lebih ceria dan bermakna.

2/ Menjadi lebih sihat

Kesihatan tubuh badan tidak dapat di beli dengan wang ringgit. Fikiran kita secara langsung mempengaruhi tubuh badan dan bagaimana ianya berfungsi.

Jika anda menggantikan fikiran negatif dengan ketenangan, kepercayaan dan kedamaian, bukannya dengan kebencian maka anda akan merasakan ketenangan.

Anda tidak akan mengalami gangguan ketika tidur dan tidak akan merasakan ketegangan otot, dan kelelahan. Orang-orang yang berfikiran negatif lebih mudah tertekan.

3/ Boleh mengambil keputusan yang betul

Berfikiran positif dapat mencegah anda daripada memilih keputusan yang salah atau melakukan perbuatan yang bertentangan yang merugikan anda.
Dengan berfikiran positif, setiap keputusan yang anda ambil akan lebih tepat kerana anda dalam keadaan waras.

Selain itu, anda tidak mudah terpengaruh dengan dengan keputusan orang lain kerana anda tahu apa pilihan dan kesukaan anda.

4/ Memiliki banyak kawan

Orang yang berfikiran positif biasanya ada ramai kawan. Kerana, mereka mudah didekati dan memahami rakannya yang lain.

Selain itu, mereka mudah untuk menarik perhatian orang sekeliling kerana apa yang mereka cakap, buat, rasa dan fikir adalah benda yang positif.
Mereka juga ada fikiran negatif, tapi ia tidak dibiarkan mempengaruhi keputusan yang dibuat dan menjatuhkan hidup mereka.

5/ Hidup lebih bahagia

Percaya kepada diri sendiri bermaksud anda bahagia menjadi diri anda sendiri dan tidak mencuba untuk menjadi orang lain. Jika anda memiliki semangat berfikiran positif, hidup anda selalu bahagia.

Anda juga lebih menikmati hidup seharian anda tanpa kerisauan. Anda sentiasa ada sumber motivasi yang luar biasa, yang mana menggerakkan anda maju ke depan tanpa hiraukan pandangan orang lain.



1 Comment

Leave a Reply