- 10/02/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Pembangunan Peribadi
Jadikan hidup lebih bermakna, tak faham? Begini, ramai orang adalah hidupnya menjadi terlalu rutin dan sama over many years. Tidak ada matlamat yang jelas. Tidak ada peningkatan.
Bukan kata bab kewangan sahaja, tapi semua aspek termasuk hubungan dengan Allah SWT dan kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW.
Jom hidup lebih bermakna
Kita bertanggungjawab memberikan makna hidup atau menjadikan hidup lebih bermakna. Ada manfaat bukan hanya untuk diri kita tetapi kita ini bermanfaat kepada orang sekeliling kita dan ramai orang lain.
Sabda Nabi Muhammad SAW :
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).
Kadang-kadang kita tidak perlu bermula dengan melakukan perkara yang terlalu besar untuk memberikan manfaat kepada orang lain apatah lagi di zaman teknologi ini.
Kadang-kadang ia semudah klik ‘share‘ hanya perkara yang bermanfaat dan baik-baik sahaja dalam media sosial anda. Bukan sahaja dapat membantu orang lain malah kita sendiri mendapat pahala daripada share itu.
Life is great when we make it great, life is lousy when decided to treat like one.