- 06/01/2021
- Posted by: Team RichWorks
- Categories: Business Review, Pembangunan Peribadi
Baru-baru ini iaitu pada 31 Disember 2020, Jabatan Perangkawan telah mengeluarkan laporan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) 2019. IKRM ini dibangunkan untuk mengukur tahap kesejahteraan rakyat Malaysia daripada perspektif ekonomi dan sosial.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin memberitahu, IKRM meningkat 0.6 peratus kepada 121.0 mata berbanding 120.3 mata indeks pada 2018.
Prestasi positif itu disumbangkan oleh peningkatan 11 daripada 14 komponen ekonomi dan sosial pada tahun 2019. Peningkatan itu didorong oleh pertumbuhan kesejahteraan ekonomi iaitu 2.3 peratus kepada 131.8 mata indeks pada 2019 berbanding 128.8 mata indeks pada 2018.
Bagaimanapun, kesejahteraan sosial menurun 0.6 peratus daripada 115.6 mata indeks pada 2018 kepada 114.9 mata indeks pada 2019.
Pengiraan IKRM 2019 mengambil kira 68 indikator meliputi 26 indikator ekonomi dan 42 indikator sosial, selaras dengan keperluan dan situasi semasa, laporan ini telah ditambah baik dengan penambahan satu indikator baharu iaitu penyakit berjangkit dalam komponen kesihatan.
IKRM ini akan dijadikan tanda aras penting dalam penggubalan dasar dan program ke arah mencapai negara maju berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan.
Tapi bagi diri sendiri, kita boleh cuba menilai dan melihat bagaimana keadaan ‘indeks kesejahteraan’ pada tahun lalu. Apa yang berlaku pada tahun lalu sudah tidak dapat diulangi lagi, namun ia dapat menjadi sejarah bagi anda pelajarinya untuk berdepan tahun baru ini.
Cuba tanya diri, adakah aku berpuas hati dengan keadaaan ‘indeks kesejahteraan’ yang dialami sepanjang tahun lalu? Selesa dengan keadaan yang berlaku ketika ini?
Jika jawapannya ‘TIDAK’, sesuatu tindakan dan perubahan perlu dilakukan untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi.
“Nak buat perubahan kena mula dengan keberanian”
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Anda kena ada keberanian untuk keluar daripada kebiasaan, zon selesa yang selama ini menyukarkan untuk berjaya. Pada awal tahun baru ini, kita sendiri ada PILIHAN nak mencapai kesejahteraan dengan peningkatan yang macam mana?
Mungkin kisah Founder Bell PopCorn ini dapat memberikan sedikit sebanyak inspirasi kepada kita semua. Puan Firzah Puasa pada mulanya skeptikal untuk pergi belajar ilmu keusahawanan.
“Saya mula sertai kelas Zero Kos Marketing, time tu tengok result juta-juta, kemudian saya rasa macam tak percaya juta-juta, macam tipu je,” katanya.
Bagaimanapun, selepas beliau memberikan peluang kepada diri dengan bimbingan dan ilmu yang betul daripada RichWorks makin banyak peningkatan dan perubahan yang dikecapi.
“Semua ini takkan berlaku dan takkan tercapai tanpa ilmu dan bimbingan yang betul”
Founder Bell PopCorn, Firzah Puasa
Alhamdulillah, sales Bell Popcorn pada 1 Januari – 30 Disember 2020 saja berjaya mencapai RM1,003,729 juta. Ini merupakan RM1 juta pertama yang dicapai Bell Popcorn pada tahun mencabar 2020.
Tahukah anda sebelum itu, pada 26 Januari 2020, Puan Firzah Puasa dengan keberanian telah muat naik satu gambar di personal IG yang beritahu bahawa beliau sangat-sangat komited nak capai 1 Juta yang pertama untuk tahun itu.
Anda dapat sesuatu tak daripada kisah ini? Moga segala azam dan matlamat pada 2021 ini akan dapat dicapai meskipun dalam keadaan semasa yang masih belum pulih daripada krisis kesihatan dan ekonomi dunia.