Hampir 70% PKS Terkesan Hingga Bisnes Jatuh

Tahukah anda bahawa mengikut survei online dilakukan Recommend.my – hampir 70 peratus PKS terkesan hingga bisnes mereka jatuh lebih 50% dalam tempoh satu minggu bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan pada 18 Mac tahun lalu.

Pandemik Covid-19 bukan hanya memberikan kesan kepada kesihatan malah PKS (perusahaan kecil dan sederhana) yang mewakili 98.5% kesemua bisnes yang berdaftar di negara ini mengikut laporan DOSM 2016 – Economic Census.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan pada April tahun lalu menyedari bahawa PKS yang kebanyakan daripada kita di sini usahakan merupakan tunjang utama ekonomi negara.

“Sektor ini menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 40 peratus kepada ekonomi. Oleh itu, adalah penting kita pastikan sektor PKS dapat terus cekal dan mampan dalam menghadapi tekanan dan cabaran ekonomi yang melanda kita semua pada waktu ini.”

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Hal ini bermaksud bahawa apa yang anda sebagai usahawan lakukan ketika ini dapat memberikan kesan kepada ramai orang lain di luar sana malah negara.

Bukankah dengan bisnes yang berkembang, yang berjaya dapat bantu memberikan peluang kepada lebih 800,000 orang hilang pekerjaan sejak PKP pertama 18 Mac tahun lalu mempunyai platform untuk jana pendapatan.

Usahawan dapat bantu mereka bertahan, untuk sara diri sendiri malah keluarga. Bahkan hasil yang diperolehi PKS itu boleh disumbangkan kembali kepada masyarakat dan golongan memerlukan. Berapa besar dan pentingnya peranan seseorang usahawan ini.

Seperti kata MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman bahawa bisnes asasnya adalah untuk buat duit. Tapi ia bukan untuk hanya anda seorang nak kaya saja sebaliknya macam mana anda bantu lebih ramai orang.

Mengikut tinjauan dilakukan SME Association of Malaysia – SME Business Sustainability During COVID-19 Crisis Survey bahawa masalah cash flow atau aliran tunai menjadi cabaran paling besar bagi usahawan PKS ketika PKP apabila 56.56% pihak melaporkan tiada hasil diperolehi ketika tempoh berkenaan.

Malah bagi PKS yang dapat survive semasa PKP, cabaran terbesar untuk pulih dalam jangka masa sederhana ke panjang adalah mendapatkan semula keyakinan pelanggan dan menukar atau beralih aktiviti bisnes.

Sementara itu, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) telah menerbitkan IDEAS Policy No. 70, “Post COVID-19 Recovery: Building SME Resilience” baru-baru ini.

IDEAS mendapati bahawa langkah-langkah sekatan pergerakan seperti PKP pada tahun lepas dan PKP 2.0 kini mengakibatkan pergerakan yang terbatas, waktu operasi perniagaan yang terhad, dan penutupan mandatori terhadap perkhidmatan tidak perlu telah menjejaskan ekonomi dengan teruk.

Katanya, berdasarkan kepada Bank Negara Malaysia, pertumbuhan jangka pendek pada tahun 2021 akan terkesan oleh pengenalan semula langkah-langkah pembendungan yang lebih ketat.

Mereka juga melihat amat penting untuk kerajaan menawarkan pakej rangsangan ekonomi yang teguh dan menyeluruh kepada semua pemain sektoral berkaitan demi mengekalkan perniagaan dan mempromosikan pemulihan ekonomi yang lebih lestari pada masa hadapan.

Laporan itu juga menyimpulkan bahawa sebahagian besar inisiatif dalam pakej rangsangan ekonomi menumpukan kepada memberikan respons segera terhadap krisis, dengan pengurangan tumpuan yang ketara terhadap membina ketahanan untuk masa hadapan.

Beberapa cabaran kepada pelancaran bantuan kerajaan terhadap PKS dibangkitkan termasuk ketepatan masa bantuan, kekurangan kesedaran dalam kalangan PKS dan cabaran-cabaran praktikal mengakses bantuan.

PKS terkesan?

Bagaimanapun ketika usahawan berdepan situasi baru dan mencabar pada tahun lalu, ada sebahagian mereka yang terkesan berjaya bangkit dan mengharungi ‘badai’ itu dengan pencapaian luar biasa.

Usahawan-usahawan ini yang mendapatkan bimbingan dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk mencari jalan dan merangka strategi baru mengikut keadaan semasa.

Tapi, bagaimana pula keadaan usahawan pada ketika ini? Adakah usahawan sudah bersedia pada awal tahun baru ini? Bersediakah untuk bertindak dengan strategi mengikut keadaan masa ini? Adakah PKS terkesan dapat bangkit kembali kali ini?

Cabaran masih ada pada masa ini. Pilihan di tangan anda, jangan biarkan bisnes anda tak nampak lagi jalan atau stuck malah terus jatuh! Tiada siapa dapat mengubah anda, jika anda sendiri tidak mahu diubah. Jom bertindak dengan betul supaya bangsa usahawan mampu bina bisnes yang berjaya.

Ingat, bisnes bukan hanya untuk diri anda sendiri & keluarga malah team anda dan masyarakat di luar sana.



Leave a Reply