Hadapi Rakan Sekerja ‘Toksik’

Ia hanya mengambil seorang rakan sekerja ‘toksik’ untuk membawa kekacauan dan impak negatif kepada persekitaran kerja anda. Orang ini bukan hanya membuatkan kerja kurang menyenangkan malah boleh mengganggu produktiviti dan moral semua yang di sekelilingnya.

Mereka boleh mewujudkan ‘drama’ yang tak perlu, menghakis budaya dan merendahkan ‘values’ atau nilai yang diterapkan dalam syarikat serta memusnahkan kepercayaan di kalangan team anda.

Sebenarnya agak sukar untuk kita nak menghalang rakan sekerja toksik ini mempengaruhi kerja terutama bila perlu bekerja bersama secara dekat. Malah bukan mudah untuk kenal pasti orang taksik ini terutama yang kita anggap sebagai kawan.

Jika anda berasa negatif bila berinteraksi dengan seseorang itu, ia boleh menjadi petanda bahawa mereka orang yang toksik. Tingkah laku toksik ini boleh hadir dalam bentuk kata-kata, bahasa badan, merendahkan orang lain, tidak memenuhi komitmen, mengutuk, sebar khabar angin dan banyak lagi.

3 cara mengesan rakan sekerja atau orang toksik dalam bisnes atau keliling anda :

  1. Sindrom mangsa menghalang mereka mengambil tanggungjawab

Pekerja dengan mindset mangsa akan selalu bercakap betapa dia benci dengan kerja, bos, team malah mungkin syarikat. Terdapat perbezaan bila mana seseorang itu berdepan hari yang buruk ataupun mahu membuatkan orang lain merasa teruk.

Lebih ramai orang boleh dia kongsikan perkara yang tak disenangi, lebih baik dia akan rasa. Rakan sekerja ini juga akan membuatkan alasan-alasan bagi prestasinya apabila diberikan maklum balas konstruktif. Dia akan menganggap sebagai serangan peribadi terhadap dirinya hinggakan berdendam di samping akan menunjukkan bahawa dia telah dipersalahkan.

  1. Lebih suka ‘membawang’ berbanding kongsi ilmu

Membawang atau sebar khabar angin merupakan asas kepada banyak masalah dalaman syarikat. Orang toksik ini membuatkan rakan di sekeliling hilang tenaga dan sumber sebabkan tak bersemangat di tempat kerja. Apa lebih buruk, anda tak sedar berada dalam syarikat dengan rakan sekerja toksik itu.

Cara untuk kenal pasti orang toksik ini adalah mereka sentiasa cakap belakang terhadap orang lain. Khabar angin atau membawang tidak akan buatkan bina team yang kuat sebaliknya akan memusnahkannya.

Selain itu, tanda rakan sekerja toksik jika mereka enggan untuk kongsi ilmu atau kemahiran dengan anda untuk elakkan daripada dapat lakukan sesuatu kerja itu.

  1. Tidak memuji sebalik beri komen negatif

Komen negatif yang dimaksudkan seperti berikan layanan senyap (silent treatment), respons dengan sarkastik, menyalahkan orang lain, menolak maklum balas dan pandangan orang lain, beri alasan-alasan dan berada diri bagus.



Leave a Reply